FesyenGaya Hidup

Perubahan Fesyen di Oscars

Pada Academy Awards 1955, Grace Kelly telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik untuk filemnya The Country Girl.

Ketika bangun dari kerusi, beliau membetulkan sarung tangan putih dan membimbing sebuah beg tangan kecil.

Gaun yang digayakan pada malam itu berwarna hijau cair yang dicipta oleh Edith Head.

Ketika itu, Kelly merupakan pelakon wanita yang paling terkenal di Hollywood dan daya tarikannya sentiasa menarik perhatian ramai.

Kini, gaun bertali nipis yang dipakai Kelly pada malam itu dilihat sebagai antara detik fesyen paling terbaik dalam sejarah 90 tahun Oscars.

Menurut Hal Rubenstein, penulis buku 100 Unforgettable Dresses, gaun tersebut telah menjadi inspirasi kepada generesi pereka baju baharu.

Gaun merah jambu yang dipakai oleh Gwynth Paltrow pada majlis anugerah 1998 telah dicipta oleh Ralph Lauren.

Pada majlis Oscars setahun sebelum itu, jenama pakaian Escada mencipta sebuah gaun untuk Kim Basinger yang mengambil insipirasi gaun yang dipakai Grace Kelly.

Grace Kelly telah membawa aura glamor yang tidak kelihatan ketika pertama kali Academy Awards diadakan pada 1929. Pada tahun itu, Janet Gaynor yang memenangi anugerah pelakon wanita terbaik hanya memakai skirt dan sweater.

Gaun rekaan Edith Head telah menetapkan standard baharu untuk pakaian moden glamor di majlis terkemuka ini.

Pada tahun 1980 peragaan fesyen di Oscars mula menarik perhatian ramai apabila jenama pakaian Armani mula memakaikan gaun mereka pada para artis seperti Anjelica Huston, Jodie Fiester dan Michelle Pfeiffer. Armani adalah antara jenama pertama yang mengambil kesempatan majlis anugerah seperti ini untuk mengadakan perhubungan awam.

Lupita Nyong’o menjadi perbualan dunia fesyen apabila beliau memakai gaun merah ciptaan Ralph Lauren pada Golden Globes 2014 sejurus menjadikannya ‘it girl’ tahun 2014. Tahun berikutnya, pelakon 12 Years A Slave tersebut memakai gaun Prada berwarna biru cair yang dihiasi kristal dan dilengkapkan dengan headband.

Dalam sejarah Oscars, terdapat juga beberapa detik di mana pereka gaun cuba mengambil risiko dengan memakaikan artis dengan pakaian yang menonjolkan seperti menggunakan warna terang, atau kain berkilat. Jika kita lihat kembali pada permulaan Oscars sehingga sekarang, tentunya dunia fesyen dan jenama terkemuka telah memainkan peranan penting dalam mengubah upacara ini kepada upacara yang lebih glamor dan eksklusif.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker