Sukan

Malaysia Bakal Saksikan Juara Luncur Air Dunia Tahun 2020

Ketua jurulatih Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF), Hanifah Yoong menjangkakan Aaliyah Yoong akan beraksi di pentas kejuaraan dunia dan merangkul kejuaraan dunia pada tahun 2020 dalam kategori di bawah 17 tahun. 

Aaliyah yang berusia 15 tahun pada bulan Julai tahun ini juga dikatakan mempunyai potensi tinggi dalam meraih podium dalam kejuaraan dunia di bawah 17 tahun yang akan diadakan di Madrid, Sepanyol pada bulan Ogos tahun ini.

Hanifah Yoong percaya jika sasaran Aaliyah untuk mendapat gelaran dalam terbuka wanita pada tahun 2021 dan seterusnya juara dunia pada tahun 2023 akan tercapai setelah pencapaian yang terbaik dilakukan olehnya sejak pelan rancangan 10 tahun IWWF.

Hanifah mengaku Aaliyah berkembang dengan tekanan berdasarkan keupayaannya untuk mencapai lebih dari sasaran yang diberikan kepadanya.

Sejak berusia 12 tahun, Aaliyah telah meletakkan sasaran ke atas dirinya untuk mencapai lebih daripada sasaran dan perkara ini tidak tersia-sia apabila beliau berjaya menggapai tiga pingat emas semasa Sukan SEA 2017 walhal sasaran asalnya hanya dua pingat emas. 

IWWF turut mengambil inisiatif supaya acara sukan luncur air dan wakeboard ini akan dipertandingkan di Sukan Komanwel Birmingham 2022. Hanifah turut berharap Majlis Olimpik Malaysia menyokong usul mereka.

“Kita mempunyai potensi yang tinggi untuk meraih pingat emas Olimpik daripada Aaliyah pada masa itu,” kata Hanifah.

Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker