Hiburan

Kenapa Stephen Chow Berhenti Berlakon?

Apabila ditanya tentang penglibatan dalam dunia lakonan, pelakon komedi veteran Hong Kong, Stephen Chow, dilaporkan menjawab dengan satu lagi soalan: “Apakah watak yang masih boleh saya lakonkan?”

Penulis skrip Hong Kong, Si Cheun Lee berkata dia secara peribadi bertanya Chow: “Kenapa awak tidak lagi membintangi filem?

“Bagaimanapun, beliau kembali bertanya kepada saya – peranan apa yang masih ada untuk saya lakonkan,” kata penulis skrip itu.

Lee telah bekerja dengan Chow, 55, selama enam tahun. Beliau berkolaborasi dengan pelakon komedi veteran itu menerusi filem pecah panggung, The Mermaid 2016, yang diarah dan diterbitkan  oleh Chow sendiri.

Dalam temu bual dengan media Hong Kong, Lee berkata beliau mengagumi keghairahan Chow dalam menjayakan sesuatu filem. Hinggi kini sudah 10 tahun Chow tidak berlakon dalam mana-mana filem.

“Saya mengagumi Chow kerana beliau seorang lelaki yang sangat baik dan rajin bekerja,” kata Lee.

“Dia seorang yang fanatik terhadap filem, saya tidak pernah bertemu dengan orang yang begitu komited dalam pembuatan filem, dari pukul 2 petang, dia akan meminta anda untuk bercakap tentang skrip, dan pada pukul 8 malam dia akan meminta anda makan bersamanya. Makan dan bercakap tentang lakon layar  sehingga pukul 11 ​​malam. “

Stephen Chow menerusi filem Kungfu Hustle

Stephen Chow mula mencipta nama pada era 80-an menerusi filem-filem popular seperti filem seperti All’s Well, Ends Well (1992), Shaolin Soccer (2001) dan Kung Fu Hustle (2004).

Filem terakhir yang dibintangi Chow adalah CJ7 (2008), sebelum beliau beralih ke bidang pengarahan dan menghasilkan filem-filem seperti Journey To The West: The Demons Strike Back (2017) dan The Mermaid (2016), yang memecahkan kutipan box-office China.

Sekuelnya, The Mermaid 2, dijadualkan untuk tayangan pada tahun hadapan, lapor The Straits Times.

Walaupun dikenali menerusi watak komedi, Chow yang belum berkahwin, lebih dikenali sebagai seorang yang serius dalam kehidupan sebenar. Selalunya ada khabar angin tentang bagaimana beliau dilaporkan sukar untuk bergaul dalam set penggambaran.

Pada tahun 2010, pelakon Hong Kong, Danny Chan memberitahu The New Paper bahawa Chow adalah pengarah yang mementingkan kesempurnaan.

“Chow akan marah apabila ada kesilapan kecil. Beliau sangat terperinci dan serius mengenai filem. Beliau tidak memarahi pelakon kerana kesilapan lakonan, tetapi apabila mereka tidak melakukan kerja keras dan berusaha dalam menjayakan watak mereka.” Katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button