Isu SemasaTempatan

Universiti Pemangkin Keharmonian

Kita kini hidup dalam era yang sukar. Perang berlaku di serata dunia disebabkan pelbagai konflik.

Perang boleh berlaku kerana terdapat sesetengah pihak yang mahukan autonomi atau kerana berebutkan sumber. Terdapat juga perang yang berlaku disebabkan oleh perbezaan etnik dan agama.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mana tujuan utamanya ditubuhkan untuk menangani konflik seperti ini, kelihatan seperti tidak boleh menjalankan peranannya dengan baik.

Kelihatan banyak pergaduhan bukan sahaja berlaku di antara negara tetapi juga di dalam negara.

Hal ini menyebabkan mewujudkan keharmonian merupakan salah satu perkara yang paling mencabar di dunia.

KEHARMONIAN ASAS BAGI KEMAKMURAN

Menurut NST, sukar untuk mencapai kemakmuran tanpa keharmonian. Ramai yang mengatakan Malaysia sebuah negara yang harmoni, namun penulis yakin banyak lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap harmonian negara.

Kita bernasib baik, kemakmuran negara ini belum lagi terjejas, sehinggakan ramai pekerja asing bekerja di sini yang berharap dapat berkongsi cebisan kemakmuran negara ini. Malah terdapat banyak pelaburan asing sedang mencurah-curah masuk.

Namun kita tidak boleh berasa terlalu selesa dengan keadaan ini. Hal inilah yang menyebabkan kerajaan sentiasa mencari idea baru untuk meningkatkan keharmonian sedia ada.

Terdapat data yang menunjukkan bahawa insitusi pendidikan seperti universiti boleh membantu mencapai matlamat ini. Idea ini muncul di perbincangan yang diadakan oleh Universiti UCSI tentang Sustainable Development Goals, SDGs PBB (Matlamat Pembangunan Lestari PBB).

Sebuah initiatif telah diambil untuk menjadikan SDG sebagai satu aspek penting dalam agenda universiti ini.

Inisiatif ini direliasasikan menerusi program-program untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan kakitangan dan pelajar, serta dengan menjalankan langkah-langkah yang mencerminkan 17 SDGs.

Dua ceramah untuk mendidik kesedaran tentang perkara ini telah dianjurkan. Ceramah pertama adalah oleh ahli majlis UCSI, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman, ia meneroka bagaimana SDG boleh digunakan untuk mempromosikan keharmonian dan kemakmuran.

SDG dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu untuk memenuhi keperluan asas, membina kekayaan dan membina kualiti hidup.  Beliau mencadangkan rangka kerja yang menghubungkan pelbagai SDG yang berbeza untuk mencipta keharmonian dan kemakmuran bagi negara ini.

Rancangan tindakan yang dicadangkan mempunyai kesemua elemen ini. Rangka kerja yang dihasilkan menetapkan ciri-ciri bagi universiti era baru.

Antara ciri-ciri universiti era baru yang dicadangkan adalah universiti seharusnya membina rangkaian industri mereka, mengadakan aktiviti community outreach, membina kedudukan mereka di peringkat antarabangsa, menjadi penasihat dasar dan menambah baik proses tadbir urus mereka.

Rangka kerja ini akan menjadi intipati bagi konsep universiti yang telah ditransformasi.

Namun begitu, diakui penglibatan pelajar adalah faktor kejayaan utama dalam rancangan itu.

Pastinya sukar untuk mencapai kemakmuran di negara yang terperosok dalam keadaan yang tidak harmoni. Cara terbaik untuk memupuk keharmonian adalah menerusi sebuah matlamat yang sama.

Sukan sering dijadikan alat yang menyatukan ramai orang dalam keadaan yang harmoni. SDG juga sama seperti sukan, boleh dijadikan matlamat yang mampu menyatukan orang ramai.

Jelas bahawa banyak langkah yang boleh diambil pihak universiti untuk meningkatkan keharmonian negara.  Sebuah universiti boleh dijadikan pusat terbaik  untuk menghentikan perasaan tidak harmoni dalam kalangan bakal pemimpin negara.

Kesimpulannya, seperti yang dinyatakan dalam konsep universiti transformasi yang dicadangkan oleh Omar, SDGs boleh dijadikan alat yang kuat untuk memperkasakan keharmonian dan kemakmuran dalam kalangan industri, komuniti, ahli akademik dan kerajaan.

Universiti juga harus digalakkan untuk bereksperimen dengan konsep seperti ini untuk menggalakkan keharmonian.

Artikel asal ditulis Professor Datuk Dr Ahmad Ibrahim, Felo, Akedemi Sains Malaysia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button