Teknologi

Aplikasi Butang Panik untuk Individu dalam Bahaya

Di rumah mereka di Cumming, Hannah Lucas dan adik lelakinya Charlie menceritakan pengalaman mereka mencipta aplikasi butang panik digital untuk digunakan ketika individu sedang berhadapan dengan bahaya.

Terang mereka, Hannah ketika itu sedang dalam keadaan yang sangat negatif.

Ejekan dan dibuli rakan-rakan

Bukan sahaja dia menghidap sindrom postural orthostatic tachycardia (POTS), sejenis penyakit yang menyebabkan Hannah kerap pengsan terutamanya ketika sedang bersekolah, dia juga sering dibuli oleh rakan-rakan sekolah.

Hannah dan Charlie dengan aplikasi rekaan mereka

Antara ejekan yang pernah didengarinya adalah “tiada orang yang boleh mencari awak jika berlaku ‘black out’ kerana kulit awak yang gelap”.

Untuk membantunya menghadapi tekanan ini, Hannah selalu mencederakan dirinya.

Dia memberitahu ibunya, ketakutan terbesarnya adalah ada orang akan ambil kesempatan terhadap dirinya jika dia tiba-tiba jatuh pengsan di mana-mana.

Ketika itu dia berharap terdapat sebuah aplikasi yang membolehkan sahabat dan ahli keluarganya tahu dengan segera bahawa dia dalam keadaan yang tidak OK.

“Boleh tak tolong cari aplikasi seperti itu di App Store?” Hannah mengimbas kembali saat dia menanyakan soalan tersebut itu kepada Charlie tahun lalu.

Disebabkan tiada aplikasi seperti itu ketika itu, pasangan adik-beradik ini dengan segera bergabung tenaga dan melukiskan lakaran awal bentuk aplikasi tersebut

Belajar programming

Untuk mengasaskan aplikasi tersebut, Charlie membuat keputusan untuk mengambil kelas programming.

Dengan ilmu yang diperolehinya Charlie telah berjaya mencipta sebuah laman web dan logo untuk kakaknya. Pasangan adik beradik ini kemudian mula mencari  developer untuk membantu mereka mencipta aplikasi itu.

Hannah kemudian menerangkan tentang aplikasi itu kepada tenaga pengajar dalam sebuah kelas perniagaan musim panas yang disertainya.

Mereka telah mencadangkan beberapa strategi pemasaran dan beberapa orang developer untuk membantunya mencipta aplikasi itu.

Walaubagaimanapun Charlie yang banyak mengetuai projek ini. Dia yang menunjukkan kepada mereka bagaimana Charlie dan kakaknya mahu mereka aplikasi ini.

Lindy dan Jason Weimer dari syarikat East Taylor Creative telah menyiapkan dan memberi prototaip bagi aplikasi notOK pada ulangtahun hari kelahiran Hannah Disember tahun lalu.

Charlie mengatakan bahawa rekaan mereka menepati kehendaknya berkenaan aplikasi tersebut.

Mereka kemudian telah menghantar aplikasi tersebut ke App Store untuk mendapatkan kelulusan. Permohonan mereka telah ditolak sebanyak empat kali sebelum pada akhirnya telah diluluskan pada 18 Januari, tahun ini.

Aplikasi notOK telah dilancarkan secara rasmi di AS dan Kanada pada 31 Januari lalu, sempena Bell Let’s Talk Day, sebuah program yang dijalankan untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang kesihatan mental.

APLIKASI UNTUK MEMBANTU INDIVIDU DALAM KEMURUNGAN

Dalam era di mana kes amuk dan buli kian berleluasa di AS, kebanyakan orang pasti bersetuju akan kepentingan dan keperluan butang panik digital.

Aplikasi ini dicipta bagi mereka samaada remaja atau orang dewasa yang sedang berhadapan dengan kesunyian, kemurungan, tekanan, atau berasa ingin membunuh diri. Hal ini ekoran golongan ini mungkin menghadapi kesukaran untuk menaip mesej ringkas atau membuat panggilan telefon untuk mendapatkan sokongan moral.

notOK

Aplikasi notOK ini tersedia dalam versi iOS dan Android. Ia mudah digunakan –butang notOK di dalam aplikasi ini hanya perlu ditekan dan mesej ringkas akan dihantar kepada lima orang kenalan. Mesej ringkas itu akan mengatakan, “hi, saya tidak OK. Tolong hubungi, mesej, atau cari saya,” serta akan dihantar bersama lokasi GPS indivividu itu pada ketika itu.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma, namun individu hanya perlu membayar kos serendah US $ 1.99 (RM7.81), untuk melanggannya selama sebulan.

Walaupun notOK pada mulanya dicipta khas Hannah untuk membantu menjaga keselamatannya, Hannah yakin bahawa aplikasinya akan membantu ramai orang.

Show More

Related Articles

Back to top button