Yakuza 6 versi antarabangsa sudah keluar? Bukan ke bulan April nanti?
Sega telah melancarkan permainan demo bagi Yakuza 6: The Song of Life untuk PlayStation 4, namun kerana sedikit kesilapan, pemain boleh bermain Yakuza 6 versi penuh melalui demo ini tanpa sebarang sekatan.
Demo bersaiz 30GB yang dinaikkan di PlayStation Store untuk dimuat turun itu merupakan versi penuh permainan ini, namun di dalam demo, pemain sepatutnya hanya boleh mengakses babak/peringkat pertama sahaja.
Format ini digunakan Sega untuk memudahkan pemain meneruskan permainan melalui versi demo dengan membeli lesen penuh tanpa memuat turun versi yang baru.
Isu ini bermula apabila pemain mula sedar mereka boleh terus bermain selepas selesai peringkat pertama dan turut menerima trofi PSN.
Pihak Sega mula menyedari masalah teknikal ini dan kemudian menarik balik versi demo Yakuza 6 dari PlayStation Store Amerika Utara dan pasaran EMEA serta membuat kenyataan maaf melalui akaun twitter mereka.
We apologize, but have had to remove the Yakuza 6: The Song of Life demo from the PlayStation Store. We are as upset as you are, and had hoped to have this demo available for everyone today. We discovered that some were able to use the demo to unlock the full game. 1/2
— SEGA (@SEGA) February 27, 2018
We’re looking into the nature of the issue. Thank you for your patience. 2/2
— SEGA (@SEGA) February 27, 2018
Menurut jurucakap Sega juga, mereka akan memastikan pemain yang telah memuat turun versi ini tidak akan dikenakan ‘denda’.
Save Data yang mereka perolehi dari versi demo masih boleh digunakan apabila versi penuh Yakuza 6 dikeluarkan secara rasmi pada bulan April nanti.
Yakuza 6: The Song of Life merupakan permainan aksi popular di Jepun bertemakan yakuza. Disebabkan permintaan ramai seluruh dunia, Sega dalam proses mengeluarkan permainan ini dalam Bahasa Inggeris dan akan dipasarkan di seluruh negara.