Makan & MinumTempatan

SugarBun Bakal Buka 40 Kios Baharu

SugarBun, rangkaian restoran makanan segera yang dimiliki oleh Borneo Oil Bhd, sedang meluaskan perniagaan di bawah konsep makanan baharunya “Grab n’ Go”.

40 kios yang diberi nama “Broasted by SugarBun” bakal ditubuhkan di seluruh negara. 10 akan ditubuhkan di Sabah, 15 di Semenanjung Malaysia, manakala lima lagi di Sarawak.

Menurut Pengarah Eksekutif Borneo Oil, Raymond Teo Kiew Leong, terdapat banyak restoran makanan segara yang membanjiri bandar-bandar utama di Malaysia. Hal ini menyebabkan lokasi yang bagus sukar untuk dicari.

Mereka merancang untuk menubuhkan kios SugarBun di bandar-bandar kecil di mana persaingannya lebih kurang.

Seperti yang dilaporkan oleh StarBiz, SugarBun menyasarkan usahawan berpendapatan sederhana untuk mengembangkan konsep perniagaan mikro ini.

Menu SugarBun

Teo berkata kios makanan berkonsepkan “Grab n’ Go” telah terbukti menyumbangkan pendapatan yang signifikan.

Tambahnya lagi, antara kelebihan menubuhkan kios berbanding restoran besar adalah kos permulaan dan kos overhed yang rendah, serta memerlukan tenaga kerja yang kurang.

Bagi pelanggan pula, mereka dapat menikmati masa menunggu yang lebih singkat serta dapat mengelak barisan yang panjang.

Beliau berkata “Broasted by SugarBun” menawarkan menu segar yang disediakan pada masa itu juga dan diberi harga yang berpatutan.

Kios yang lebih besar akan menyediakan tempat duduk untul pelanggan menjamu selera, sementara kios lain akan menyediakan perkhidmatan bawa pulang untuk pelanggan.

Pada masa ini, SugarBun mempunyai 92 restoran francais, kebanyakannya di bandar-bandar Sarawak. Tiga lagi restoran telah dilancarkan di Brunei, China dan Australia.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker