Sukan

FMLLP Ambil Alih Stadium Bagi Tujuan Naik Taraf

Sudah tiba masanya stadium-stadium bolasepak di Malaysia dinaik taraf.

Jadi, tahniah kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) kerana mengambil langkah pertama mendapatkan hak milik beberapa stadium sebagai inisiatif  untuk menaik taraf fasiliti bolasepak di Malaysia ini.

Image result for Kevin Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif Kevin Ramalingam berkata penambah baikkan stadium di Malaysia adalah salah satu agenda di dalam satu rancangan hasil kerjasama bersama La Liga dari Sepanyol bagi melonjakkan pembangunan bolasepak di Malaysia.

“Kita tidak memerlukan La Liga untuk memberitahu kami bahawa kemudahan stadium di negara ini adalah buruk, kerana kami juga nampak,” kata Kevin di dalam satu sidang media selepas FMLLP menandatangani perjanjian bersama platform e-dagang terkemuka, Shopee.

Kevin turut menyatakan keadaan kemudahan stadium bolasepak di negara ini akan terus merosot jika tiada tindakan yang diambil.

“Kami sedang melihat kepada dua atau tiga stadium kecil terutamanya di Lembah Klang.

“Terdapat banyak pasukan di sana, dan kebanyakkan daripada mereka berkongsi stadium yang sama.

“Dengan sokongan daripada penaja kami, kami boleh memiliki stadium-stadium itu.”

Beliau berkata FMLLP akan berbincang dengan lebih lanjut dengan pihak perbandaran tempatan, kerana mereka yang memiliki stadium-stadium itu.

“Apabila kami berjaya memperoleh stadium-stadium tersebut dan menambah baiknya, kami akan menyewakannya kepada pasukan-pasukan yang ingin menggunakannya.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker