Isu Semasa

Sedarkah Anda Tentang Perubahan Iklim Malaysia?

Kebelakangan ini cuaca di seluruh dunia termasuk Malaysia semakin pelik dan sukar dijangka. Malaysia yang sepatutnya mempunyai suhu yang sama rata sepanjang tahun sudah tidak lagi seperti kebiasaannya.

Menurut penulisan Forum Air Malaysia, perubahan cuaca Bumi memang telah berubah dari zaman ke zaman. Sejak 650,000 tahun lalu, Bumi telah mengalami tujuh kitaran glasier di mana zaman ais telah hilang sejak 7000 tahun lalu yang telah menjadi penanda permulaan era cuaca moden dan ketamadunan manusia.

Sejak 100 tahun yang lalu, suhu Bumi telah meningkat sebanyak satu darjah Fahrenheit. Walaupun angka satu itu kelihatan kecil, namun sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar kepada cuaca Bumi.

Di Malaysia, perubahan cuaca boleh dilihat apabila musim buah sudah tidak seperti kebiasaannya. Ia terpengaruh oleh hujan dan suhu sekeliling. Menurut laporan INC (Initial National Communication) pada tahun 2000, suhu dan kadar air hujan yang turun di Malaysia telah meningkat drastik dalam 60 tahun dengan kenaikan paras air laut sebanyak 13cm hingga 94cm dalam masa 100 tahun.

Suhu dunia yang semakin panas ini juga telah menyebabkan padang ais, glasier besar dan laut berais dari Artik hingga ke glasier ekuatorial Gunung Jaya di Indonesia menghilang cepat dari yang dijangkakan. 

Sudah tentu apabila ais ini mencair, paras air laut akan meningkat. Di jangka pada tahun 2100, paras air laut akan meningkat sehingga 28cm ke 98cm. Jika ini berlaku, ia bakal menenggelamkan beberapa bandar di Amerika.

Apabila sampai tahap ais di Greenland mencair, paras laut boleh meningkat sehingga tujuh meter dan ini mampu menenggelamkan kota London.

Di Malaysia, banjir di beberapa negeri juga sudah tidak menentu. Pada tahun lalu, negeri Kedah dan Pulau Pinang telah dilanda oleh banjir terburuk dalam sejarah. Di Nepal, Bangladesh dan India turut terkesan apabila hujan lebat telah menjejaskan berjuta orang dengan lebih kurang 1,200 kematian. UK juga tidak terlepas dengan berdepan cuaca dasyat dengan banjir yang belum pernah terjadi sejak 100 tahun.

Para saintis menjangkakan perubahan cuaca akan menyebabkan lebih banyak kejadian musim melampau.

Namun apa yang mengejutkan ialah terdapat beberapa negara seperti Afrika, Timur Tengah dan Asia Selatan tidak pernah dengar tentang kejadian perubahan cuaca dunia ini.

Oleh itu, jika anda juga baru pertama kali membaca tentang ini, mungkin anda juga patut bantu sebarkan kesedaran tentang perubahan cuaca dan melihat apa yang boleh kita boleh lakukan untuk bantu Bumi kita.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker