Events

Jangan Lupa Datang Ke Festival Layang – Layang Sedunia 2018

Festival Layang – Layang Sedunia Pasir Gudang

Tempat: Pasir Gudang, Johor
Tarikh: 28 Februari – 4 Mac

Peminat layang-layang di seluruh dunia dijemput hadir ke Festival Layang-Layang Sedunia di Pasir Gudang untuk menyaksikan 800 peserta Malaysia serta 250 peserta antarabangsa yang mengambil bahagian dalam pelbagai kategori pertandingan. Bertemakan ‘Mempertingkatkan Komuniti Sedunia’, acara ini juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan membuat wau, persembahan, bengkel serta pameran layang-layang.


Russell Peters Deported World Tour

Tempat: Axiata Arena, Bukit Jalil
Tarikh: 2nd March 2018
Masa: 8.30PM
Yuran Kemasukkan: Tiket bermula dari RM 198. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Kali terakhir Russell Peters adakan persembahan komedi adalah pada tahun 2012 dan  2015. Hujung minggu ini, pelawak terkenal dari Kanada akan kembali ke Malaysia dengan pelbagai ‘bahan baharu’. Pelawak Jake Johannsen akan turut hadir bagi memeriahkan suasana.


KongsiGongxi

Tempat: Kongsi KL
Tarikh: 3rd March
Masa: 8.30 am

Artis Malaysia Yap Hong Ngee bakal mengadakan acara pengumpulan dana untuk membiayai operasi ruang seni Kongsi KL. Anda digalakkan membawa barang-barang lama dan terpakai seperti langsir, palsu atau kerusi lama dan menyertai Hong Ngee dalam menukarkan barang-barang lama kepada seni. Pada akhir acara ini, hasil seni anda akan di tayangkan kepada umum untuk dilelong.


Furugiya Flea Market

Tempat: 2 Hang Kasturi
Tarikh: March 3 – March 4
Masa: 12 ptg to 8 mlm

Pakaian terpakai dan vintaj adalah antara barang-barang yang akan dijumpai di Furugiya Flea Market. Habiskan masa anda di sini dan anda mungkin dapat menjumpai barangan berharga, seperti kasut sneaker, aksesori fesyen, rekod vinil atau t-shirt vintaj.

Show More

Related Articles

Back to top button