Gaya HidupPercutian

Bermulanya Sektor Perlancongan Di Arab Saudi

Pada sebuah hujung minggu, sekumpulan pendaki Arab kelihatan sedang menuruni cerun ke kawah gunung berapi di Al-Wahbah. Kelihatan dengan jelas di lantai kawah tersebut dataran garam yang berkeliauan.

Ia merupakan sebahagian daripada keajaiban alam semula jadi yang sedang dipromosikan untuk memulakan industri pelancongan di sana, tulis The Borneo Post berdasarkan laporan AFP.

Kawah gunung berapi tidak aktif, Al-Wahbah

Kerajaan Arab Saudi sedang mula mengeluarkan visa pelancong, tindakan ini membuka salah satu lagi khazanah pelancongan antarabangsa – sebuah industri pelancongan yang digelar ‘minyak putih’ milik kerajaan gurun itu.

Tetapi sebagai negara yang konservatif yang terkenal dengan pengasingan antara jantina serta kod berpakaian yang tegas, ia dilihat sebagai lokasi yang tidak mesra pelancong bagi pelancong antarabangsa, kecuali bagi umat Islam yang sedang beribadah dengan melawat tapak-tapak suci di Mekah dan Madinah.

Kini pertama kali dalam sejarah, kerajaan Arab Saudi sedang membina nama sebagai lokasi pelancongan anntarabangsa dengan mempromosikan tapak-tapak seperti kawah Al Wahbah.Ia merupakan sebuah tapak pelancongan yang tidak dikenali ramai disebabkan kurang pelancong (samaada tempatan atau asing) melawat lokasi itu.

Amr Khalifa, seorang pemandu pelancong telah membawa sekumpulan pendaki Arab Saudi untuk mendaki ke dasar kawah tersebut.

“Saya ada beritahu kawan-kawan saya tentang Al Wahbah, namun mereka mengatakan kereka tidak pernah tahu tentang kewujudannya” terang  seorang kakitangan bank yang berpangkalan di Jeddah, Mohamed Bahroon.

Kawah yang terletak hampir empat jam pemanduan dari bandar Jeddah barat itu adalah saki-baki sebuah gunung berapi yang tidak lagi aktif.

Menurut sebuah cerita rakyat, ia telah terbentuk apabila dua gunung sedang ghairah bercinta dengan satu sama lain sehinggakan salah satu gunung tersebut telah  mencabut dirinya dan bersatu dengan sebuah lagi gunung, meninggalkan kesan yang berbentuk seperti sebuah mangkuk di tempat asalnya.

Khalifa mengulas, cabaran utama adalah kesukaran memasuki tapak pelancongan seperti ini. Hal ini menyebabkan beberapa bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa bertindak membina jalan-jalan serta tanda jalan ke tapak tersebut serta mendirikan kawasan perkhemahan di keliling kawah itu.

‘HARTA YANG TIDAK TERNILAI’ 

Pelancongan adalah salah satu tumpuan Wawasan 2030 negara tersebut, ia merupakan sebuah pelan tindakan untuk menyediakan kuasa ekonomi Arab terbesar itu supaya tidak terlalu bergantung kepada industri minyak. Ia diilhamkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Pada Ogos lalu, kerajaan negara tersebut mengumumkan sebuah projek bernilai berjuta-juta dolar untuk menjadikan 50 pulau dan kawasan lain di Laut Merah menjadi pusat peranginan mewah.

Ia ada merancang untuk membangunkan tapak bersejarah seperti Mada’in Saleh yang telah wujud selama beratus-ratus tahun lamanya. Ia merupakan kediaman bagi makam batu yang datang dari tamadun yang sama dengan tamadun pembinaan bandar Petra di Jordan.

Ia juga menyasarkan untuk menggandakan jumlah pelancong tahunan kepada 30 juta orang pada tahun 2030, dengan meramalkan sektor itu akan menjadi salah satu sumber pendapatan utamanya.

Madain Saleh

“Kawasan ini merupakan ‘harta karun’ yang sangat berharga,” jelas Putera Sultan, ketika sedang menerangkan landskap-landskapnya yang menakjubkan.

“Kami ingin menunjukkan pada dunia bahawa kami bukan sekadar peniaga minyak semata-mata.”

Untuk mengubah persepsi orang ramai, Arab Saudi telah melonggarkan beberapa peraturan. Antaranya seperti membolehkan tayangan wayan dan acara sukan dengan kedua-dua jantina diadakan serta mengumumkan golongan wanita akan dibenarkan memandu.

Terdapat khabar angin tentang rancangan untuk mewujudkan pusat peranginan eksklusif untuk pelancong asing, di kawasan tempat tinggal golongan ekspatriat di Riyadh.

Namun Putera Sultan ada mengatakan oleh kerana ia tempat yang paling suci bagi orang Islam, alkohol tidak dibenarkan dibawa masuk. Terangnya, “kami tidak mahu melunturkan kebudayaan dan nilai-nilai tempatan kami”.

“Pihak berkuasa patut memberi lebih tumpuan kepada pelancong tempatan dan serantau, sementara infrastruktur pelancongan masih lagi dalam proses pembangunan, memandangkan terdapat isu sensitif tentang membuka kawasan ini kepada ramai pelancong bukan Islam.

“Kemudian barulah mula memasarkan lokasi ini kepada pelancong antarabangsa lain, ” Kristian Ulrichsen, seorang felo di Universiti Rice di Amerika Syarikat mengatakan pendapatnya.

‘PENGEMBARAAN MELANGKAUI SEMPADAN’

Namun agensi pelancongan antarabangsa seperti Steppes Travel yang berpangkalan di Britain sudah merancang untuk mengadakan pakej pelancongan ke sana.

“Sektor pelancongan di Arab Saudi berpotensi tinggi – kami tahu tentang perkara ini daripada pangkalan data yang kami ada,” jelas Justin Wateridge, pengarah urusan Steppes Travel, kepada AFP.

“Bagi mereka yang mengetahui dan memahami Arab Saudi mereka berminat untuk melancong ke negara tersebut. Hanya visa pelancong sahaja perlu diwujudkan.

“Pelancongan merupakan perkara yang baru bagi Arab Saudi,” kata Khaled Batarfi, seorang penulis dari Jeddah.

“Mengikut tradisi kami, kami tidak boleh menerima dan melayan orang luar kecuali tetamu kami sendiri,” tulisnya dalam akhbar Saudi Gazette.

Namun begitu,  keadaan nampaknya kian berubah bermula di Al-Wahbah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker