AntarabangsaIsu Semasa

Arab Saudi Memeterai Perjanjian Eksklusif Bersama WWE

Sejak pelantikan Putera Muhammad Bin Salman sebagai Putera Mahkota, Arab Saudi telah menyaksikan pelbagai perubahan positif dari segala aspek termasuk politik, ekonomi, pembangunan, budaya dan juga sukan.

Perubahan-perubahan ini selaras dengan Visi 2030 negara itu, dan antara yang paling utama adalah memansuhkan larangan memandu terhadap wanita, membenarkan panggung wayang untuk beroperasi semula, dan mahu menjadikan Arab Saudi sebagai negara Islam moden yang sederhana.

Walaupun kaya dengan minyak, negara itu kini mengambil langkah mempelbagaikan hasil pendapatan ekonomi mereka dan tidak hanya bergantung kepada sumber itu semata-mata seperti zaman sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa sukan utama Arab Saudi telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama gergasi gusti dunia, iaitu World Wrestling Entertainment atau lebih dikenali sebagai WWE.

Memetik laporan Saudi Press Agency, hasil perjanjian memuktamadkan bahawa semua acara gusti WWE akan diadakan di negara itu untuk tempoh 10 tahun yang akan datang.

Perjanjian itu dimeterai di antara Pengerusi Saudi General Sports Authority (GSA) dan pengasas WWE, Vince McMahon di Riyadh.

Ini bermakna, para peminat gusti akan dapat menikmati acara-acara popular seperti Royal Rumble, Tag Team, Raw Title dan sebagainya tanpa perlu ke luar negara, yang memakan kos tinggi.

Para penonton juga akan berpeluang untuk menemui idola-idola mereka (bintang gusti) seperti John Cena, Triple H dan lain-lain secara ‘live’.

Difahamkan, pihak WWE akan mengajurkan semua acara mereka menggunakan kaedah yang berlainan dari segi pengeluaran dan output, yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan.

Selain itu, GSA turut memeterai pelbagai perjanjian sukan antarabangsa lain seperti Pertandingan Catur Piala Raja Salman, Cars Championship, dan juga Riyadh International Marathon, yang menyaksikan penglibatan lebih daripada 30,000 peserta.

Arab Saudi kini sedang membuat persiapan untuk menganjurkan acara akhir Super World Boxing Cup pada bulan Mei ini di Jeddah, Grand Prix dan acara-acara sukan lain.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker