Teknologi

Adakah Penghala WiFi Anda Selamat Daripada Penggodam?

Sesiapa yang menggunakan penghala WiFi terdedah kepada pelbagai serangan Internet, dan ia sukar untuk melindungi diri dengan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan keselamatan Internet anda.

Berikut adalah beberapa tip dari Pejabat Persekutuan bagi Keselamatan Maklumat (BSI) Jerman.

Pastikan Perisian Tegar (Firmware) Anda Dikemas Kini:

Perisian tegar adalah sistem operasi penghala. Kemas kini terbaru dapat menawarkan ciri-ciri baharu serta mengukuhkan lagi keselamatan. Oleh itu, anda perlu aktifkan kemas kini automatik pada router. Selain menggunakan cara automatik, anda juga boleh layari laman web syarikat penghala tersebut untuk mengemas kini perisian tegar anda.

Matikan Capaian Jauh:

Sesetengah penghala menawarkan pilihan untuk menghubungkan cakera keras kepada Internet. Namun, ciri ini boleh digunakan oleh penggodam untuk menyerang, jadi ia patut dimatikan.

Gunakan Wayar Kabel:

Apabila anda memasang penghala dan membuat kerja-kerja penyelenggaraan, hubungkannya kepada komputer menggunakan kabel LAN atau USB.

Tukar Kata Laluan:

Kata laluan WLAN yang tersedia, juga dipanggil sebagai kunci WLAN, selalunya tidak selamat dan boleh digodam. Jadi anda perlu tetapkan kata laluan anda sendiri yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 aksara.

Tukar Kata Laluan Pentadbir:

Kata laluan dalam tetapan alat peranti selalunya sama bagi kebanyakan penghala yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Oleh itu, anda harus memasang kata laluan anda sendiri untuk selamat.

Tukar Nama Rangkaian:

Pengguna harus menamakan WLAN mereka dengan nama rangkaian baharu (SSID). Ini adalah kerana nama rangkaian yang tersedia adalah nama dan jenis penghala tersebut. Pengguna dinasihatkan untuk tidak menggunakan nama yang boleh mendedahkan identiti, sebagai contoh, nama atau alamat sendiri.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker