Isu SemasaTempatan

Utamakan Mangsa Kanak-Kanak Apabila Menyebarkan Berita

Beberapa minggu lalu sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dewasa sedang mencabul seorang kanak-kanak perempuan telah tular di media sosial. Dua hari kemudian, lelaki yang disyaki melakukan jenayah tersebut telah ditahan.

Rakaman yang tular itu mungkin telah membantu polis menahan suspek tetapi ia juga telah mendedahkan identiti mangsa serta pengalaman pahit yang terjadi kepadanya.

Menurut aktivis hak kanak-kanak, penularan rakaman ini telah menentang undang-undang asas perlindungan kanak-kanak kerana ia jelas melanggar hak privasi mereka.

“Kanak-kanak mesti menjadi keutamaan.

“Jika media atau saksi awam merakam perbuatan jenayah tersebut, mereka mesti segera memfailkan laporan polis dan menyerahkan video atau imej yang mereka ambil sebagai bukti.

“Ia tidak boleh dimuat naik kepada media sosial sama sekali. Melakukannya jelas melanggar sekatan media di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 Akta Bukti Saksi Kanak-Kanak 2007,” kata pegawai advokasi Women’s Centre for Change, Nadila Daud.

Menurut Malaysian Communications and Multimedia Commission, memuat naik rakaman video seperti itu adalah dilarang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini adalah untuk mengingati orang awam untuk mengambil tindakan yang wajar ketika memuat naik atau berkongsi kandungan dalam talian.

Walaupun ia adalah tugas media untuk melaporkan berita, para aktivis berkata laporan tersebut tidak boleh menjejeaskan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Garis Panduan UNICEF

Di dalam garis panduan media Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), ia menekankan etika mengenai isu-isu berkaitan dengan kanak-kanak.

Sementara laporan beretika dapat membantu kanak-kanak, laporan yang tidak bertanggungjawab boleh memberi pengalaman yang tidak baik kepada mangsa kanak-kanak.

Garis panduan UNICEF ​​menegaskan bahawa identiti kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan atau jenayah, dijangkiti AIDs atau HIV, atau mereka yang dituduh atau disabitkan dengan jenayah perlu dilindungi.

Laporan berita tidak boleh menerbitkan nama mereka atau nama keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja yang dapat membantu mendedahkan identiti mereka.

Semua maklumat lain seperti kaum, alamat, sekolah juga tidak boleh didedahkan.

Selain itu, gambar mereka walaupun telah dikabur, tidak boleh diterbitkan.

“Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 melarang media massa daripada mendedahkan mana-mana gambar mangsa kanak-kanak atau sesiapa yang boleh membantu mendedahkan mangsa tersebut,” kata Nadila.

Menurut pakar, mengenal pasti identiti mangsa kanak-kanak boleh meburukkan lagi trauma mereka dan merumitkan proses pemulihan.

Show More

Related Articles

Back to top button