Events

Jangan Lupa Datang Ke Pesta Foodtruck Minggu Ini!

Foodtruck Festival

Tempat: Puteri Central Park, Tasek Puteri Rawang
Tarikh: 25 Februari
Masa: 4 mlm to 12 pg

Pesta makanan ini akan menampilkan semua makanan kegemaran anda. Orang ramai dijemput untuk turun dan memeriahkan suasana kerana tiada cara yang lebih baik untuk menghabiskan masa di hujung minggu selain bersama kawan-kawan dan keluarga. Setiap pelanggan akan mendapat baucar RM8 untuk Boost.


Pesta Belon Udara Panas Pulau Penang 2018

Tempat: Padang Polo, George Town
Tarikh: 24 Februari
Masa:  7 pg – 9:30 mlm

Ia adalah pengalaman unik dan satu-satunya pesta belon udara panas yang dilakukan di sebuah pulau di Malaysia. Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang akan menayangkan pelbagai belon udara panas oleh pengendali belon antarabangsa dan tempatan dalam festival 2 hari itu. Terdapat juga aktiviti keluarga, bengkel kreatif dan banyak lagi!


Harith Iskander’s #KitaOK Live Comedy Tour 2018

Tempat: Axiata Arena
Tarikh: 24 Februari
Masa:  8.30 mlm – 10:30 mlm

Dengan pengalaman baharu tentang apa yang dimaksudkan untuk mewakili Malaysia di pentas dunia, Harith Iskander kini memetik perkara-perkara yang memisahkan kita sebagai rakyat Malaysia, dan meraikan perkara-perkara yang membawa masyarakat bersama menerusi gelak ketawa. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Harith menyebarkan lawaknya kepada penonton.


Seminar Adat Perpatih

Tempat: Dewan Perdana Tampin
Tarikh: 27 Februari

Salah satu tujuan seminar ini adalah untuk menguatkan dan menegakkan amalan Adat Perpatih serta memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat khususnya generasi muda tentang apa yang dipanggil sebagai Adat Perpatih.


Wilayah International Motofest 2018

Tempat: Dataran Merdeka
Tarikh: 23 Februari – 25 Februari
Masa: Mula dari 10 pg

Wilayah International Motofest (WIM) adalah pameran motor tahunan di mana para penunggang dari seluruh dunia berkumpul di Dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk bersosial. Acara ini diadakan bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2018. Semua pencinta motosikal di luar sana, anda mesti turun padang!

 

Show More

Related Articles

Back to top button