Bisnes & Ekonomi

Indonesia Negara Asia Pertama Mengeluarkan Bon Hijau

Indonesia akan menjadi negara Asia pertama yang menjual bon “hijau” di peringkat antarabangsa untuk memanfaatkan minat pelabur dalam pelaburan yang mesra alam.

Bon ialah sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah. Bon hijau adalah bon yang dikecualikan cukai yang dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan yang berkelayakan federal atau oleh majlis perbandaran untuk pembangunan tapak brownfield.

Tapak-tapak Brownfield adalah kawasan tanah yang kurang dimanfaatkan, bangunan-bangunan yang terbengkalai atau kurang berkembang, selalunya mengandungi pencemaran industri yang rendah. Pelaburan bon hijau adalah khusus untuk pembinaan bangunan mesra alam.

Secara global, sejumlah US $ 155.5bil bon hijau telah dijual tahun lepas, menurut Inisiatif Bon Iklim yang berpangkalan di London. Tetapi hanya segelintir kerajaan yang menjual sendiri tawaran tersebut, di mana hasilnya diperuntukkan untuk pelaburan dalam projek-projek mesra alam.

Indonesia telah melancarkan bon sukuk hijau untuk lima tahun yang bererti perjanjian itu akan mematuhi norma kewangan Islam juga. Walaupun tiada sasaran untuk jumlah keuntungan yang dijangka, The Star melaporkan Reuters menganggarkan sekurang-kurangnya bernilai AS $ 300 juta.

Tahun lepas negara itu telah dinaik taraf kepada gred pelaburan oleh Standard & Poor’s, memberikan penarafan gred pelaburan Indonesia dari ketiga-tiga agensi utama yang akan meningkatkan peluangnya untuk meminjam lebih murah di pasaran antarabangsa.

Indonesia memasarkan bon sukuk 10 tahun pada masa yang sama dengan perjanjian hijau. Panduan harga permulaan yang dihantar kepada pelabur menunjukkan bon hijau lima tahun akan membawa kupon sebanyak 4.05% dan bon 10 tahun, 4.70%.

Di Asia, syarikat China dan India semakin beralih ke pasaran hijau untuk membiayai projek-projek mesra alam tetapi kerajaan mereka belum melibatkan diri. Di seluruh dunia, negara-negara telah menjual sejumlah besar bon hijau termasuk Poland, yang pertama kali dan Perancis.

Pada bulan Januari, Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati memberitahu Reuters bahawa pasukannya mempunyai maklum balas yang baik dari pelabur dalam perbualan awal mengenai perjanjian itu.

CIMB, Citigroup, Bank Islam Dubai PJSC, HSBC dan Abu Dhabi Islamic Bank adalah peniaga-peniaga dalam perjanjian itu.

Show More

Related Articles

Back to top button