AntarabangsaIsu Semasa

Taiwan Terokai Pasaran Halal

Hubungan tegang antara Taiwan dan China telah menyebabkan bilangan pelancong dari China semakin menurun. Oleh itu, Taiwan kini menumpukan kepada pasaran halal bagi menarik lebih ramai pelancong Muslim.

Menurut laporan AFP, Taiwan kini berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan bersama 16 negara di Selatan dan Asia Tenggara, dan juga Australia serta New Zealand. Usaha itu dipanggil sebagai “dasar arah selatan” bagi menarik lebih ramai pelancong dari rantau tersebut.

Ini bermakna Taiwan telah mengalami peningkatan bilangan pelancong dari negara majoriti Muslim seperti Malaysia dan Indonesia. Pada tahun 2017, Taiwan telah mencatatkan 30% peningkatan pelancong dari Asia Tenggara.

Selain itu, pelancong Muslim mengatakan mereka berasa dialu-alukan apabila berada di negara berkenaan.

“Saya sangat suka pemandangan semula jadi di Taiwan dan rakyatnya juga sangat baik,” kata Ashma Bunlapho, 40, seorang pelancong Muslim dari Thaliand.

Katanya lagi, menerusi Google Maps, restoran halal dan tempat solat mudah dicari.

Menurut pelancong dari Malaysia, Dean Idris, tiada masalah untuk membawa anak-anak ke zoo, pasar malam dan tempat-tempat bersjarah kerana makanan halal di Taipei mudah diakses.

“Saya mula mendapat tahu bahawa Taiwan, terutamanya Taipei, sebenarnya mesra Muslim,” katanya.

Thailand, Korea Selatan dan Jepun adalah antara negara-negara Asia yang telah memasuki pasaran Halal. Antara pendorong utama adalah peningkatan tawaran tiket penerbangan yang murah serta perkembangan pesat kelas menengah di Asia Tenggara seperti negara Indonesia.

Semakin mesra muslim

Fried Chicken Master, sebuah restoran makanan yang terletak tidak jauh dari Dewan Memorial Chiang Kai-shek di Taipei telahpun mengikuti trend menjual versi halal snek popular mereka.

Pelancong yang menginap di Gaia Hotel yang terletak di kawasan pergunungan Beitou, yang popular dengan kolam air panas, dilengkapkan dengan arah kiblat serta jadual solat.

Bar mini di hotel itu juga tidak menhidangkan arak dan kek yang ditawarkan di situ tidak mengandungi gelatin berasaskan khinzir. Dalam pada itu, dapur dan tempat makan turut diasingkan untuk pelanggan Muslim.

Show More

Related Articles

Back to top button