AntarabangsaIsu Semasa

Kenali Dan Fahami Perjanjian Perdagangan Bebas

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) merupakan perjanjian di antara dua atau lebih negara untuk membentuk kawasan bebas dagang.

Ini bermakna, perdagangan barangan dan perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan halangan bukan tarif dan tarif yang minimum.

Halangan bukan tarif merupakan perdangan yang mengehadkan dan mengawal jumpah barangan dan perkhidmatan yang diimport daripada memasuki sesebuah negara

Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang tidak terlibat (non-parties) tidak dapat menikmati tidak dapat menikmati layanan akses keutamaan yang terkandung dalam perjanjian berkenaan.

 

TUJUAN FTA

FTA diwujudkan untuk menggalakkan perdagangan antara negara-negara dengan mengurangkan atau menghapuskan sekatan seperti tarif, kuota, yuran khas dan cukai.

Ini bertujuan untuk memudahkan urus niaga serta menggalakkan lebih banyak perniagaan antara negara  sekaligus meningkatkan prestasi ekonomi negara masing-masing.

Menurut portal rasmi MTIB, perjanjian perdagangan bebas juga boleh membantu perniagaan tempatan untuk bersaing di pasaran global.

 

MANFAAT FTA KEPADA MALAYSIA

FTA mendatangkan pelbagai manfaat kepada Malaysia dalam memperolehi akses kepada pasaran lebih besar.

Menerusi perjanjian ini, produk-produk Malaysia akan menjadi lebih kompetitif berbanding negara yang tidak mempunyai FTA.

Berdasarkan laporan Pengeksport perkhidmatan Malaysia juga boleh mengeksport perkhidmatan mereka ke negara rakan FTA seiring dengan liberalisasi sektor perkhidmatan di kalangan rakan-rakan FTA.

Dalam pada itu, jumlah dagang Malaysia dengan negara yang menandatangani FTA bersamanya juga berada pada tahap yang baik.

Sebagai contoh, perjanjian dagang dengan Jepun telah menyumbang kepada peningkatan perdagangan dengan negara itu dari RM 112.8 bilion pada 2005 kepada RM 145.3 bilion pada 2012.

FTA juga mencipta peluang akses pasaran bagi komoditi Malaysia. Contohnya, Jepun telah mengimport sejumlah besar keperluan minyak sawitnya dari Malaysia, berikutan tariff  import yang lebih baik hasil daripada FTA kedua‐dua negara.

 

BAGAIMANA PULA DENGAN AFTA?

Berdasarkan laporan MITI, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mula diwujudkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 1992 di Singapura.

Matlamat utama AFTA ialah untuk mewujudkan satu pasaran dan pangkalan pengeluaran antarabangsa, bagi menarik minat pelaburan langsung asing dan pada masa yang sama meluaskan hubungan dagang serta pelaburan di kalangan rakan anggota  sendiri.

Ia juga diwujudkan atas kesedaran potensi besar dan hubungan dagang serantau yang saling melengkapi, termasuk mewujudkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang lebih teguh dan kompetitif.

Liberalisasi perdagangan di rantau ini melalui penghapusan tarif dan halangan bukan tarif telah menjadikan sektor pembuatan lebih efisien dan berdaya saing di pasaran global.

AFTA MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DAGANG INTRA-ASEAN

Hasilnya, pengguna mendapat sumber produk dari pengeluar yang lebih efisien di ASEAN, sekali gus mencipta hubungan dagang Intra‐Asean yang lebih erat.

Pada tahun 2012, jumlah perdagangan di kalangan anggota ASEAN mencecah AS$ 601 bilion yang menyaksikan peningkatan 0.5% daripada tahun 2011.

ASEAN juga merupakan pasaran utama Malaysia dengan catatan 26.5% dari keseluruhan perdagangan selama 3 tahun berturut‐turut (2010‐2012).

Secara kolektif, Asean adalah kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia dengan perkembangan ekonomi
begitu menggalakkan dan ia menyumbang 27.4 peratus dari perdagangan dunia Malaysia bagi tahun 2012.

Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke rantau ini pada tahun 2012 mencecah AS $113 bilion (RM 442 bilion) (berbanding AS $109 bilion (RM 427 bilion) pada tahun 2011.

Rantau ini telah merekodkan kemasukan FDI paling tinggi dalam sejarah. Pada masa yang sama, AFTA turut menawarkan asas untuk perkembangan pelaburan intra‐ASEAN iaitu antara 15%‐20% kepada jumlah FDI yang memasuki rantau ini.

Syarikat‐syarikat seperti Maybank, Axiata, Kencana Petroleum and Sapura Crest, Air Asia, Sime Darby, Petronas dan Ingress Auto Ventures merupakan antara contoh syarikat Malaysia yang aktif dalam rantau ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button