Sukan

Biasiswa Untuk Pemain MMA Terhebat Di Asia Pasifik

Mixed martial arts (MMA) atau seni bela diri campuran adalah gabungan dari teknik menyerang tinju, muay thai, karate, taekwondo, dan banyak lagi ilmu bela diri. Manakala teknik bantingan, kuncian, dan takedown banyak berasal dari judo, jujitsu, dan gulat.

Kelahiran MMA ini adalah hasil daripada idea tiga individu iaitu Art Davie, Rorion Gracie, dan John Millius yang telah mengadakan Ultimate Fighting Championship (UFC).

UFC yang pertama diadakan pada tahun 1993 di Nevada, Colorado Amerika Syarikat dengan peraturan perlawanan yang minimum.

Mereka boleh menggunakan pelbagai cara untuk berlawan kecuali menggigit dan menjolok/mencucuk mata dalam masa yang diberikan. Tujuan utama perlawanan ini diadakan ialah untuk melihat teknik bertarung yang paling efektif di dunia.

Di Malaysia, sambutan MMA juga sangat menggalakan.

Terkini, TheStar telah melaporkan bahawa UFC bersama AirAsia telah mengumumkan biasiswa untuk seorang atlet dari Asia Pasifik.

Biasiswa yang ditawarkan ialah penerbangan ke Amerika Syarikat dan latihan di UFC Performance Institute yang terletak di Las Vegas, Nevada yang ditanggung sepenuhnya.

Latihan selama empat minggu itu akan memberi peluang untuk mereka berlatih dengan pemain MMA terbaik di dunia dengan kemudahan terbaik di dunia.

Ini merupakan biasiswa pertama yang ditawarkan oleh UFC mankala AirAsia mahu membantu orang untuk merealisasikan impian orang dan dalam konteks ini – impian menjadi seorang MMA yang hebat.

UFC bersama AirAsia sangat teruja melihat seorang atlet daripada rantau Asia Pasifik untuk terlibat dalam Dana White’s “Tuesday Night Contender Series”.

Show More

Related Articles

Back to top button