Gaya HidupKesihatan

Macam Mana Nak Tahu Saya Hamil Tanpa Kit Ujian Kehamilan

Soalan simple je tapi kadang kala kita buntu atau blur juga bagi yang mengalaminya buat pertama kali. Jika anda baru berkahwin dan mendapati haid anda sudah terlajak tarikh dan rasa tidak sedap badan, mungkin anda boleh beli kit ujian kehamilan di farmasi terdekat.

Harga kit tersebut tidaklah begitu mahal. Anda boleh dapatinya bermula dari RM5. Terdapat juga kit di mana anda boleh ketahui berapa usia kandungan anda seperti ini..

Walau bagaimanapun, jika anda mahu jimat duit sebelum ke farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan, menurut sebuah portal anda boleh melakukan 5 ujian kehamilan ini di rumah!

Ujian Kehamilan 1: Peluntur

Berdasarkan beberapa orang yang berpengalaman, ujian menggunakan peluntur adalah paling cepat untuk mendapat keputusan. Jika campuran air kencing anda bersama peluntur menghasilkan buih, berkemugkinan anda hamil!

Ujian Kehamilan 2 : Gula

Gula adalah paling mudah sebab setiap rumah sudah pasti ada gula di dapur. Cukup sesudu makan anda boleh tahu sama ada hamil atau tidak. Anda hanya perlu menuang sesudu makan air kencing dan melihat sama ada gula tersebut akan menggumpal atau larut. Ini kerana hormon hCG yang hadir ketika anda mengandung tidak akan melarutkan gula.

Ujian 3 : Ubat gigi

Gunakan ubat gigi yang berwarna putih sebanyak dua sudu besar. Jika warna ubat gigi tersebut berubah menjadi warna kebiruan berkemungkinan besar anda positif hamil.

Ujian 4: Cuka

Campur cuka bersama air kencing anda dan biarkannya seketika. Jika ia berubah warna, kemungkinan anda positif hamil.

Ujian 5: Sabun

Anda hanya perlukan sabun buku tidak kira warna atau bau apa sekalipun, tuang sedikit air kencing dan lihat jika terdapat reaksi buih. Jika ya, anda mungkin hamil.

Show More

Related Articles

Back to top button