AntarabangsaIsu Semasa

Rusia Dan Pakistan Bimbang Ancaman Daesh Di Afghanistan

Baru-baru ini, kerajaan Pakistan dan Rusia telah meluahkan kebimbangan mereka mengenai kewujudan dan ancaman militan IS atau Daesh yang bertapak di Afghanistan.

Menteri Luar Pakistan, Khawaja Asif, yang mengadakan lawatan rasmi selama 4 hari di Rusia berkata, terdapat pelbagai pandangan/laporan mengenai perkembangan pengganas IS di sana, terutamanya di kawasan sempadan berdekatan negara-negara jiran, dan ia mengancam keamanan di seluruh rantau itu.

Sementara itu, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, menegaskan bahawa memerangi keganasan adalah perkara utama yang diberi perhatian di dalam kerjasama antara Islamabad dan Moscow.

“Kami akan terus memberi bantuan praktikal dalam mengukuhkan lagi potensi (operasi) anti-keganasan di negara anda,” katanya kepada delegasi Pakistan.

Memetik laporan Arab News, Lavrov turut menghargai jasa dan usaha Pakistan dalam menentang keganasan secara proaktif.

Menurut seorang penganalisis, Qamar Cheema, Rusia dilaporkan sedang berunding dengan kumpulan Taliban di Afghanistan dalam usaha menghapuskan pengaruh IS di negara itu.

Ujar Cheema, Rusia mempercayai bahawa pergerakan militan di Asia Tengah mungkin akan ‘terpegun’ dengan ideologi yang dibawa IS, jadi ia amat penting untuk membanteras infrastruktur dan sel militan itu di Afghanistan.

“Itu adalah sebab mengapa Rusia meningkatkan hubungan dengan Taliban, supaya mereka boleh mendekati IS memandangkan pihak berkuasa Afghanistan tidak mampu untuk menentang mereka,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Asif menjelaskan bahawa pertemuannya bersama Lavrov membuahkan hasil yang amat positif, di mana mereka turut membincangkan langkah untuk meningkatkan perdagangan dan pertahanan di antara Rusia dan Pakistan, serta cara untuk menghapuskan pengedaran dadah.

Wakil kedua-dua negara turut menegaskan bahawa operasi ketenteraan tidak boleh digunakan sebagai “jalan penyelesaian” kepada konflik Afghanistan, dan satu-satunya cara yang berkesan adalah dengan mengadakan rundingan demi memastikan keamanan kekal lama di negara tersebut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close