Gaya HidupMakan & Minum

Restoran Sudan Pertama Di Malaysia

Restoran AlMohtaram House iaitu restoran Sudan pertama di Malaysia bukan sahaja menawarkan masakan Sudan, tetapi juga memberi pelanggannya peluang untuk mengalami budaya negara Afrika tersebut.

Restoran yang terletak di Cyber ​​11, Cyberjaya menawarkan pelbagai hidangan daging kambing dan sayur-sayuran, seperti daging panggang, Gurasa Tagaleya, Falafil, Aseeda Tagaleya, salad terung, Shawarma, soup dan Aseeda Naemia.

Kamal Gasm Elseed Magbool, 29, membuka restoran AlMohtaram bersama adiknya Ahmad Gasm Elseed, 25, sejak 2016.

Restoran ini dihiasi dengan seni dan kraftangan Sudan, seperti gitar tradisional, Robaba, bagi mewujudkan suasana selesa untuk pelanggan mereka kerana kebanyakannya terdiri daripada pelajar Sudan yang sedang belajar di universiti tempatan.

“Kami mahu memberi semua orang, terutamanya rakyat Malaysia, pemahaman tentang makanan dan budaya Sudan,” katanya kepada Bernama.

Kamal Gasm Elseed, berkata restoran ini yang dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 3 pagi dan telah menjadi tempat kegemaran pelajar antarabangsa dari universiti tempatan seperti Limkokwing dan Universiti Multimedia.

Tambahnya lagi, nama restoran diambil sempena nama samaran bapanya iaitu AlMohtaram.

Sementara itu, seorang kaunselor di Kedutaan Republik Sudan, Howida Ahmed Ibrahim berkata restoran Sudan ini akan membantu mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia dan Sudan.

“Saya berharap restoran ini akan merapatkan Malaysia dan Sudan dan saya berharap hubungan antara kedua-dua negara akan terus memberi faedah kepada kedua-dua negara,” katanya.

Restoran AlMohtaram House

Alamat: Jalan persiaran Bestari, Cyberjaya

Laman web: Almohtaram House Restaurant

Tel: 03-8689 0209

 

Show More

Related Articles

Back to top button