Gaya HidupPercutian

Belayar Bersama Watak-Watak Kartun?

Pernah impikan untuk belayar bersama Powerpuff Girls dan Ben 10? Ataupun berpesta dengan Teen Titans dan Johny Bravo sehingga tengah malam?

Semua ini boleh menjadi kenyataan ketika berada di atas kapal peranginan terbaru yang dimiliki Cartoon Network.

Menurut akhbar The Star, kapal tersebut merupakan hasil kerjasama antara syarikat media global, Turner, serta syarikat pengurusan kapal perlancongan, Oceanic Group.

Ia merupakan kapal perlancongan pertama yang menawarkan pengalaman percutian yang bertema sepenuhnya.

Di bahagian hadapan kapal tersebut terdapat watak Jake Si Anjing.

Pengalaman menarik di atas kapal itu pula diinspirasikan oleh watak-watak dari siaran Cartoon Network sendiri, seperti Adventure Time, Ben 10, The Powerpuff Girls dan We Bare Bears.

Ketua pegawai esekutif Oceanic Group berkata, initiatif tersebut bergantung kepada pasaran kapal peranginan rantau Asia yang kini sedang rancak berkembang.

“Kami menjanjikan pengalaman perlancongan terbaru gabungan pelayaran dan pengembaraan yang unik yang berdasarkan sebuah jalan penceritaan yang seakan-akan benar,” ujar pihak Cartoon Network Wave.

Kapal tersebut boleh memuatkan 2000 orang tetamu pada satu-satu masa, mempunyai 800 suite dan kabin bertema, termasuk dua suite triplex yang pertama di dunia.

Salah satu sudut di dalam kapal tersebut yang terdapat perhiasan bertemakan Powerpuff Girls

Sedang berlabuh di Singapura, Cartoon Network Wave bakal menjalankan pelayaran pertamanya ke-13 destinasi popular merentasi Asia Pasifik

Maklumat lanjut tentang tempahan dan aktiviti yang bakal diadakan di atas kapal perlancongan tersebut boleh didapati di laman sesawang www.cartoonnetworkwave.com

Show More

Related Articles

Back to top button