AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Industri Penghantaran Makanan Sedang Bangkit Di China

Jika di Malaysia terdapat perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda atau Uber eats. Di China pula aplikasi Ele.me, Meituan dan Baidu Waiman mendahului aplikasi perkhidmatan penghantaran lain.

Menurut sebuah laporan oleh China Internet Network Information, seramai 295 juta orang telah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan pada separuh pertama 2017.

Pengarah China Cuisine Association, Jiang Junxian berkata, perkembangan pesat industri ini dikaitkan dengan perkembangan teknologi di mana kemunculan infrastruktur telekom, telefon pintar canggih, aplikasi kreatif, serta pelbagai kaedah pembayaran telah memainkan peranan penting.

Antara punca lain termasuk masa yang lama dihabiskan ketika makan di restoran serta keenggannan untuk masak atas sebab tertekan dengan kerja.

“Perkhidmatan bawa pulang (takeout) telah melepaskan saya daripada tugas kerja rumah, jadi saya boleh fokus kepada kerja,” kata seorang pelanggan, Xiong Ling kepada Asia News Network

Tambahnya lagi selain makanan, pelanggan juga boleh memesan kopi atau aiskrim untuk dihantar ke rumah.

Golongan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran

Menurut China Internet Catering Market Report 2017, pada bulan April hingga Jun, pekerja kolar putih dan golongan profesional telah membelanjakan sebanyak 38 bilion yuan (RM23.4 bilion) untuk perkhidmatan penghantaran makanan. Ia bersamaan dengan 83% daripada jumlah jualan keseluruhan firma penghantaran makanan.

Pelajar univeristi pula menyumbang 10% daripada jualan manakala penduduk kawasan perumahan menyumbang 7%.

Pendapatan lumayan penghantar makanan

Gambar oleh SCMP

Li, seorang penghantar makanan, berkata industri ini semuanya tentang kepantasan.

“Anda perlu memastikan makanan tersebut masih panas (atau tidak cair) apabila ia sampai ke pelanggan.”

Li bekerja dari 7 pagi hingga 9 malam dan membuat penghantaran sebanyak 40 atau 50 kali. Bagi setiap penghantaran Li mendapat 5 yuan (RM3) sebagai tambahan kepada gaji bulanan.

Seorang penghantar makanan yang gigih boleh meraih sebanyak 10,000 yuan (RM 6,163) sebulan manakala penghantar biasa dapat menjana kira-kira 6,000 yuan (RM 3,698).

Baik buruk penghantaran pantas

Tentunya terdapat baik buruk perkembangan pesat sebuah industri.

Sebagai contoh, seorang penghantar makanan di bandar Qingyuan, dikatakan telah mengusik  makanan seorang pelanggan sehingga ia kelihatan menjijikkan.

Beberapa pertubuhan hijau (green organisations) juga berkata bahan sintetik yang digunakan untuk membungkus makanan akan merosakkan alam sekitar.

Selain itu, penghantar yang memandu secara berbahaya turut menimulkan masalah buat pejalan kaki dan pemandu lain.

Walau bagaimanapun, pemimpin industri berkata mereka sedang mengkaji pelbagai cara untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Langkah seterusnya buat industri ini adalah untuk mementingkan kualiti penghantaran dengan menghubungkan pengguna kepada lebih banyak bisnes.

Sesetengah pengendali perkhidmatan penghantaran telah pun meluaskan perkhidmatan mereka dengan menawarkan penghantaran daripada pasar raya serta farmasi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker