AntarabangsaHiburanIsu Semasa

‘Haha’ dan ‘Hehe’ Ada Maksud Berlainan?

Zaman sekarang dengan adanya pelbagai platform media sosial untuk berkomunikasi tentunya penggunaan bahasa akan berubah.

Singkatan ringkas biasa digunakan oleh golongan muda untuk memudahkan mereka menyampaikan mesej atau menggambarkan sesuatu perbuatan.

Antara yang sering dilihat adalah ‘lol’ yang bermaksud ‘laughing out loud’ atau ‘haha’ dan ‘hehe’ yang menunjukkan gelak ketawa.

Tetapi adakah ia membawa maksud yang sama?

Menurut The Strait Times, di China, golongan jiulinghou (sesiapa yang dilahirkan selepas tahun 1990), mempunyai bahasa mereka tersendiri, terutamanya ketika berbual di dalam platform media sosial WeChat.

Menurut sebuah panduan untuk mentafsir bahasa siber golongan muda, untuk menunjukkan mereka benar-benar ketawa, sekurang-kurangnya enam ‘ha’ diperlukan.

Bagi mereka, ‘haha’ bermaksud ‘berambus’ dan ‘hehe’ bermaksud ‘awak bodoh’.

Menurut Pusat Maklumat Rangkaian Internet China, negara itu mempunyai pengguna Internet terbesar di dunia iaitu 751 juta. Tiga dalam 10, atau 220 juta daripada jumlah keseluruhan, berusia antara 20 dan 29 tahun.

Golongan muda adalah pemacu utama di belakang penggunaan bahasa siber, emoji dan meme (gabungan teks dan imej).

Untuk berbual di dalam Internet mereka sering menggunakan bahasa formal yang diajar di sekolah dan juga bahasa siber, sehingga mereka harus ingat untuk menukar.

‘Haha dan ‘hehe’ tak lawak pun

Seorang pelajar, Simon Li, menasihati untuk tidak menggunakan ‘hehe’ untuk menunjukkan anda ketawa. Bagi pengguna Internet di China, ‘hehe’ boleh menunjukkan kebencian seseorang.

“Ini adalah repons yang kerap dihantar dan mencadangkan pengguna itu benci saya,” katanya. “Saya tidak akan menggunakannya, kecuali jika saya sengaja mengejek rakan saya.”

Untuk ‘haha’ pula, ia dilihat sebagai respons yang menunjukkan perasaan ‘tidak minat’. Ia sama seperti memberitahu pengguna itu untuk berambus.

“Saya tidak tersinggung dengan pengunaan ‘haha’, tetapi saya biasanya tidak akan menggunakannya. Saya akan cuba menggunakan ‘ha’ sebanyak mungkin untuk menunjukkan saya benar-benar ketawa,” kata Li.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker