FesyenGaya Hidup

Gadis Korea Gayakan Baju Kurung

Mungkin anda pernah terlintas di Instagram nama Ayana Moon, seorang gadis berasal dari Korea Selatan yang kini mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut.

@xolovelyayana

Ayana Moon mendapat perhatian pengguna media sosial sejak beberapa tahun lalu disebabkan wajah cantiknya apabila mengayakan tudung.

Dalam sebuah video yang dinaikkan memalui akaun rasminya @xolovelyayana, dia telah menceritakan perjalanannya memeluk agama Islam.

Ketika kecil, dia pernah terdengar tentang negara Irak. Pada masa itu isu-isu tentang Islam di Korea masih sensitif kerana segala tindakkan keganasan sering dikaitkan dengan Islam.

Disebabkan sifat ingin tahu dengan lebih mendalam tentang Islam, beliau mempelajari sendiri dengan melayari Internet dan mengikuti kem World Assembly of Muslim Youths (WAMY) selama tiga hari di Korea sebelum memutuskan untuk masuk Islam.

Kini, Ayana sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa. Selain mempelajari tentang agamanya, Ayana juga giat mempelajari bahasa Melayu.

Sejak popularitinya berkembang, gadis jelita ini sering diambil untuk menjadi model pakaian jenama tempatan di Malaysia.

Antaranya adalah jenama tempatan Leeyana Rahman.

Di Instagram, dia sering memuat naik gambarnya mengayakan baju kurung yang ditaja oleh Leeyana Rahman berserta kapsyen yang kadang kala ditulis dalam bahasa Melayu.

@xolovelyayana
@xolovelyayana
@xolovelyayana
@xolovelyayana
@xolovelyayana
@xolovelyayana

 

Semua gambar diambil daripada Instagram @xolovelyayana

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker