Isu SemasaTempatan

ETIAS: Peraturan Baru Untuk Melancong ke Negara EU

Dari tahun 2020, rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara-negara Kesatuan Eropah mungkin dikehendaki menjalani proses imigresen yang baru.

Proses imigresen yang baru ini dikenali sebagai Sistem Maklumat dan Kebenaran Pelancongan Eropah (ETIAS) mungkin menjadi syarat wajib bagi warganegara dari negara-negara bebas visa.

Menurut NST yang memetik laman web etiaseurope.eu, warganegara dari negara bebas visa boleh tinggal di Kawasan Schengen (semua negara EU kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom) untuk tempoh sehingga 90 hari.

“Ia adalah proses imigresen yang digunakan untuk menangani potensi ancaman daripada individu yang tidak dikenali sebelum mereka dapat menyeberangi sempadan negara-negara EU.

“ETIAS dengan Sistem Entry-Exit (EES) akan mempercepat, memudahkan, memperkuat dan memodenkan prosedur kawalan sempadan dengan menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap penipuan dokumen dan identiti,” tulis laman web itu.

Setiap warganegara dari negara bebas visa perlu memegang ETIAS yang sah sebelum menaiki pesawat.

Sebaik sahaja dikeluarkan, kebenaran yang sah akan membenarkan pemegangnya tinggal di Kawasan Schengen untuk tempoh sehingga 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari dan ia sah selama 3 tahun dari tarikh pengeluaran atau sehingga tarikh tamat tempoh pasport, yang mana lebih awal.

Proses permohonan adalah mudah kerana dapat dilakukan secara online dan disarankan agar pemohon memohon ETIAS sekurang-kurangnya 72 jam sebelum perjalanan.

Ia hanya mengambil masa sehingga 10 minit dan hanya berharga RM48.30 (10 Euro). Setiap individu yang melancong secara berkumpulan juga memerlukan pengesahan ETIAS.

Bagaimanapun, pemohon di bawah umur 18 tahun tidak perlu membayar yuran pemprosesan.

Antara dokumen keperluan untuk proses ini termasuk pasport yang sah yang dikeluarkan oleh negara yang dikecualikan visa, kad kredit yang sah untuk membayar yuran permohonan, maklumat kenalan pemohon termasuk alamat kediaman tetap, nombor telefon dan alamat e-mel.

Sebaik sahaja permohonan itu telah dikemukakan secara dalam talian, ia akan ditayangkan di pelbagai sistem untuk menentukan sama ada sesuatu kebenaran boleh diberikan atau tidak.

Jika sesuatu permohonan diluluskan, pemohon akan menerima kebenaran secara langsung melalui e-mel dan jika tidak dibenarkan, pemohon akan menerima e-mel yang menjelaskan alasan penolakan.

Selain Malaysia, antara negara lain yang memerlukan kebenaran atas talian ETIAS termasuk Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Hungary, Iceland, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Belanda, Poland, Portugal, Romania, San Marino, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan Negara Vatican.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker