Hiburan

James Blunt Bakal Temui Peminat Malaysia Mac Ini

Siapa yang tak kenal dengan lagu ‘You’re Beautiful’ yang sering dinyanyikan pada majlis-majlis perkahwinan atau di karaoke.

Lagu tersebut telah membawa nama James Blunt ke persada dunia sehinggakan lebih daripada 11 juta salinan album pertamanya laris dijual.

Kejayaan tersebut turut membawa kemenangan dalam pelbagai majlis anugerah seperti British Awards, MTV Video Awards, Ivor Novello Awards, dan pencalonan sebanyak lima kali dalam Grammy Award.

Tahun lepas James Blunt telah mengeluarkan album terbaharunya yang berjudul The Afterlove.

Dalam album ini, James bekerjasama dengan pemuzik berbakat seperti Ed Sheeran, Ryan Tedder dari One Republic dan Johnny McDaid daripada kumpulan Snow Patrol.

Khas untuk peminat-peminat di Malaysia, pada bulan Mac ini James Blunt bakal mempersembahkan lagu-lagunya buat kali pertama sebagai sebahagian daripada jelajah dunia untuk album terbaharu beliau.

Penjualan tiket telah dibuka dan berharga dari RM122 termasuk RM4 yuran pengendalian. Untuk membeli, anda boleh layari laman web http://www.BuyTickets.com.my atau hubungi  03-2280 0363 untuk menempah tiket.

Maklumat lanjut:

Tarikh: Ahad, 25 Mac 2018

Tempat: Dewan Wawasan PGRM, Cheras

Masa: 8pm

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker