Hiburan

Francais The Transformers Akan Di Reboot Semula

Francais filem Transformers akan di ‘reset’ semula selepas ini berikutan pengumuman oleh pihak Hasbro dan Paramount Pictures.

Pihak Hasbro, dalam satu kenyataan berkata:

Kami kini sedang bekerja sama dengan pasukan Paramount yang baru dalam menetapkan filem-filem Transformers yang akan datang namun tiada sebarang filem (yang akan ditayangkan) pada tahun 2019. Kami tidak sabar untuk filem Bumblee yang akan ditayangkan pada Disember ini.

Selepas ini Hasbro akan memegang lebih keputusan kreatif di dalam filem-filem yang akan datang.

Desas-desus filem sekuel Transformers: The Last Knight juga akan dibatalkan dengan keputusan ini.

Kini, Hasbro dan Paramount dalam rangka menyiapkan filem reboot Transformers yang tiada kaitan dengan mana-mana filem Transformers sebelum ini.

Gambar promosi ‘The Bumblebee’ | © 2018 Paramount Pictures

Filem reboot  ini akan dibintangi Hailee Steinfeld dan akan dibantu oleh John Cena, Pamela Adlon, Stephen Schneider, Jorge Lendeborg Jr. dan ramai lagi.

Filem Bumblee akan diarah oleh pengarah Kubo and The Two Strings, Travis Knight dan bakal ditayangkan pada 21 Disember 2018.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker