Hiburan

“Kim Possible” Bakal Muncul Dalam Versi Manusia

The Disney Channel sedang menghasilkan filem versi ‘live-action’ dari siri kartun yang diminati ramai “Kim Possible.”

Merupakan salah satu siri animasi asli pertama rangkaian itu, Kim Possible adalah rancangan hit yang tidak dijangka Disney Channel, sehingga peminat berjaya menuntut musim keempat selepas ia ditayangkan pada tahun ketiga.

Disney sememangnya berharap untuk menerima sambutan yang sama dengan projek terbaru ini, yang akan cuba menterjemahkan siri aksi popular itu ke dalam kehidupan sebenar.

Menurut Impact, pemilihan pelakon telah pun bermula untuk mencari watak Kim, seorang gadis sekolah menengah biasa yang menyelamatkan dunia dari penjahat dengan bantuan penolongnya si tikus Ron Stoppable, dan komputer genius Wade.

Siri asal Kim Possible dilancarkan pada tahun 2002 untuk 87 episod, dan dicalonkan untuk Anugerah Emmy sebanyak lapan kali. Siri asal itu mengilhamkan dua filem animasi Disney Channel, “Kim Possible Movie: So the Drama” dan “Kim Possible: A Sitch in Time”. Christy Carlson-Romano menyuarakan Kim dalam siri ini, dengan Will Friedle menyuarakan Ron.

Skrip filem versi ‘live-action’ akan ditulis oleh pencipta siri itu sendiri iaitu Mark McCorkle dan Robert Schooley, yang juga akan menjadi penerbit eksekutif. Mereka akan dibantu oleh Josh Cagan untuk menulis skrip dan Zanne Devine juga akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Filem ini akan diarahkan bersama dan dihasilkan oleh Adam B. Stein dan Zach Lipovsky.

“Mark dan Bob telah mencipta watak yang menjadi fenomena pada suatu ketika dahulu dan kanak-kanak di seluruh dunia telah mendapat seorang kawan, iaitu seorang gadis biasa yang hanya menghabiskan masa di luar sekolah untuk menumpaskan penjahat.

“Walaupun Kim Possible ‘boleh melakukan apa sahaja,’ kanak-kanak dan remaja mendapati bahawa hero animasi ini sama seperti mereka. Saya gembira untuk bekerja semula dengan Mark dan Bob dan mengalu-alukan penambahan pasukan kreatif dinamik – Josh, Zanne, Adam dan Zach ke dunia yang tiada apa yang mustahil,” kata Adam Bonnett, naib presiden eksekutif, untuk Disney Channels Worldwide.

Pada masa ini filem itu masih belum mempunyai tarikh keluaran atau mana-mana bintang yang disahkan, tetapi diharapkan lebih banyak maklumat akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button