FesyenGaya Hidup

Fesyen Wakanda Elemen Terpenting Black Panther

Black Panther adalah salah satu filem yang paling dinanti-nantikan pada 2018, bukan hanya kerana heronya, tetapi juga untuk fesyennya. Sejak treler pertama dikeluarkan pada bulan Jun tahun lalu, orang ramai telah tertarik dan terinspirasi dengan pakaian dalam dunia Wakanda.

Penonton dan penggemar fesyen tidak mahu berpakaian seperti watak-watak hero Marvel itu seperti, T’Challa / Black Panther (Chadwick Boseman), antagonis Erik Killmonger (Michael B. Jordan), atau Nakia (Lupita Nyong’o) dan Okoye (Danai Gurira). Ramai peminat Black Panther sebaliknya, mahu berpakaian seperti rakyat biasa Wakanda.

Ini mungkin bukti pereka kostum Black Panther, Ruth Carter, bahawa treler selama dua minit memberi kesan mendalam kepada penonton. Dengan 30 tahun pengalaman filem dan dua pencalonan Oscar untuk karya beliau, Carter memahami bagaimana pakaian memainkan peranan dalam membentuk dunia filem.

Idea untuk pakaian rakyat Wakanda diilhamkan dari fesyen tradisional dan kontemporari Afrika. Elemen pakaian ini akan membantu penonton untuk memahami geografi sosial Wakanda seperti ideologi politik mereka, norma hidup dan etika.

Menurut The Atlantic, Carter mencipta pakaian Wakanda melalui empat prinsip iaitu: Cantik, Positif, Moden dan Ceria. Kostum yang direka mesti sesuai dengan lakonannya dan mampu menceritakan kisah mereka sendiri tanpa mengganggu plot.

Hasilnya adalah gaya dramatik yang menjelaskan bahawa rakyat Wakanda menggunakan pakaian untuk mengekspresikan diri dan komuniti, untuk menghormati nenek moyang mereka, dan untuk menjaga batas sosial.

Walaupun filem-filem fesyen Amerika seperti The Devil Wears Prada, Sex and the City, dan Confessions of a Shopaholic mengambil inspirasi dari fesyen Eropah, Black Panther pula membawa fesyen Afrika. Langkah pertama Carter adalah melakukan kajian terhadap sejarah pakaian yang pelbagai di benua itu. Beliau mahu memperlihatkan kecantikan pakaian puak di Afrika dan menonjolkannya dengan cara yang lebih moden.

Melalui Black Panther, para peminat bukan sahaja akan dapat berhibur, malah akan dapat menyedari kekuatan fesyen dalam kehidupan seharian dan bagaimana fesyen mampu menyuarakan isi hati si pemakai.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker