Events

Saksikan Tarian Singa Hujung Minggu Ini!

Tarian Singa

Tempat: IPC Shopping Centre, Publika, Suria KLCC, Pavilion KL, The Gardens Mall, Bangsar Village, Resorts World Genting

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bila dan di mana anda boleh saksikan tarian singa di seluruh KL

Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa persembahan tarian singa. Anda boleh saksikan persembahan hebat ini di seluruh kawasan KL, jadi jangan lupa datang dan berhibur bersama rakan dan keluarga.


Gong Xi Buku

Tempat: Kota Buku, KL
Tarikh: 17 Februari
Masa: 10 pagi – 1 petang

Bersempena Tahun Baru Cina dan Hari Memberi Buku Sedunia 2018, Kota Buku menganjurkan Gong Xi Buku! Di sana, anda boleh tonton tayangan filem Mandarin, Love From Kampung, dan terdapat juga sesi pertukaran buku. Setiap orang yang hadir mesti membawa buku untuk ditukar – buku terpakai, baru, besar, kecil atau apa-apa genre – untuk acara itu.


Malaysia Thailand Halal Food Festival

Tempat: Kompleks Muhibbah, Taman Sri Bolton, Gombak
Tarikh: 9 – 17 Februari 2018
Masa: 10 pagi – 2 pagi

Acara tahunan ini menampilkan makanan Thai dan Malaysia yang teramat lazat untuk anda. Dengan ini anda dapat merasai makanan Thailand tanpa perlu melancong ke sana! Sementara anda di sana, jangan lupa untuk mencuba kerabu ayam ori Chiang Mai dan aiskrim kelapa ori Songkla. Anda mesti nak lagi!

 


OlaBola the Musical

Tarikh: 8 Februari – 11 Mac 2018
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Masa : 8.00 mlm

Diilhamkan oleh peristiwa sebenar perjalanan pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, OlaBola The Musical adalah sebuah cerita tentang perpaduan, keazaman dan persaudaraan. Muzikal ini akan dipersembahkan dalam Rap dan Hip-hop, hasil kerjasama komposer-penulis lirik Mia Palencia dan Altimet.

 

Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker