Bisnes & Ekonomi

Bagaimana Warna Kedai Boleh Mempengaruhi Pelanggan

Pembeli selalunya memilih apa yang mereka beli berdasarkan warna. Malah, ia menjadi 85 peratus daripada sebab orang membeli sesuatu produk berbanding yang lain. Pengaruh warna pada tingkah laku pengguna tidak terhad kepada barangan sahaja. Warna persekitaran pelanggan semasa mereka membeli-belah juga boleh mempengaruhi pilihan belian mereka.

Daripada memilih warna yang anda suka, ia lebih berkesan untuk menghias kedai dengan tema dan warna yang boleh menarik perhatian awal pelanggan. Sebagai contoh, anda boleh menghias kedai dengan ilustrasi pemandangan indah seperti pantai, matahari dan air terjun. Itu akan mengalihkan pelanggan ke persekitaran yang mereka kaitkan dengan ketenangan dan membuatkan mereka untuk berada di kedai anda lebih lama.

Menerut laman web Entrepreneur, warna-warna hangat seperti jingga dan coklat mengundang dan meyakinkan para pembeli, sementara warna penyejuk seperti hijau dan biru memberi kesan ketenangan. Jingga membuat orang gembira dan pelanggan yang gembira lebih cenderung untuk berlama-lama di kedai anda.

Warna-warna terang seperti kuning dan merah pula akan menarik perhatian pelanggan dan menghentikan mereka untuk memilih produk anda. Itu kerana kuning adalah warna yang pertama dilihat oleh retina. Merah pula tentu saja, telah lama dikaitkan dengan berhenti, sama ada pada isyarat lalu lintas, kenderaan kecemasan atau reka bentuk kedai.

Tetapi gunakan warna-warna berani ini dengan berhati-hati. Terlalu banyak merah akan mengganggu pembeli. Perlu diingati, usahawan tidak boleh menggunakan warna yang terang lebih daripada 20 peratus daripada keseluruhan skema warna kedai anda.

Menurut kajian 2007 oleh psikologi dan penyelidik pengurusan di University of Loyola, Maryland, warna juga boleh meningkatkan pengiktirafan jenama sebanyak 80 peratus. Memasukkan warna logo anda ke dalam reka hias kedai anda akan membantu pelanggan mengaitkan warna dengan logo syarikat anda.

Walau bagaimanapun, berhati-hati supaya tidak menenggelamkan apa yang anda jual dengan gabungan warna kedai yang terlalu banyak. Secara umumnya, anda perlu kekal menyerlahkan produk dagangan berbanding persekitaran kedai.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button