AntarabangsaIsu Semasa

Wanita Brazil Berkata ‘No Means No’ Di Karnival

“No means no” (Jangan bermakna jangan) adalah satu perjuangan baharu bagi wanita Brazil yang ingin menghentikan serangan seksual di karnival.

Suasa bebas di situ menjadikan wanita terdedah kepada sentuhan seksual yang tidak diinginkan.

Karnaval Rio yang diadakan setiap tahun sering menarik berjuta-juta pelancong untuk berpesta, menjadikannya keadaan yang terbaik untuk melakukan serangan seksual, terutamanya terhadap wanita.

Luka Borges, seorang pengurus projek, mula mengedarkan tatu sementara yang membawa mesej “No Means No” ketika perbarisan jalanan (street parade), yang dikenali sebagai “bloco”, dijalankan.

Kini, wanita Brazil telah menghiaskan anggota badan mereka dengan tatu sementara tersebut untuk menyokong pergerakan itu.

“Terdapat banyak machismo di Brazil – jadi melakukan perkara ini ketika karnival menunjukkan kami benar-benar terdesak,” kata wanita berusia 28 tahun itu kepada AFP.

Borges mencipta tatu “No Means No” bersama empat sahabat, dan mula mengagihkannya kepada kaum wanita tahun lalu ketika bloco, selepas salah seorang daripada mereka mengalami serangan seksual.

Disebabkan media sosial dan kempen crowdfunding, sekitar 27,000 tatu telah dihasilkan untuk karnival 2018 di Rio serta bandar lain termasuk Salvador, Sao Paulo dan Olinda.

Suasana bebas mengalakkan serangan seksual

Gambar oleh AFP

“Pada karnival masa lalu, kami melalui serangan seksual tetapi tidak menyedarinya,” kata Anna Studard, seorang produser teater.

“Kami ingatkan ia adalah perkara biasa! Tetapi sejak beberapa tahun lalu, kami mula menyedari bahawa ‘no means no’.”

Karnival sering kali dilihat sebagai tempat yang membenarkan untuk orang mencium dan menyentuh sesiapa yang tidak dikenali.

Wanita yang menganjurkan kempen ini mengatakan bahawa mereka hanya mahu mencuba untuk memperkuatkan konsep “badan saya, peraturan saya”.

Menurut kaji selidik Datafolha yang diterbitkan pada bulan Mac 2017, satu daripada tiga wanita berumur 16 tahun ke atas dilaporkan pernah diganggu secara fizikal, lisan atau emosi.

Itulah sebabnya Borges tidak mengedarkan tatu sementara tersebut kepada lelaki, tetapi mengalu-alukan sokongan moral mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button