Isu SemasaTempatan

Kini Anda Boleh Membaharui Visa AS Melalui Pos

Kedutaan Amerika Syarikat kini membenarkan pembaharuan visa melalui pos untuk rakyat Malaysia.

Sebelum ini, mereka yang memerlukan visa AS perlu mengisi borang permohonan dalam talian dan membuat temu janji untuk temuduga di kedutaan.

Kini, pemegang visa yang masih sah atau telah tamat tempoh dalam tempoh 12 bulan yang lalu boleh membaharui visa mereka melalui pos, tanpa perlu menghadiri temuduga.

Menurut The Star, Malaysia adalah salah satu pengguna awal program AS ini yang diperkenalkan bulan lepas untuk mengurangkan kos dan masa.

Duta Besar AS Kamala Shirin Lakhdhir berkata kerajaannya mahu menjadikan proses visa lebih “berorientasikan pelanggan” untuk rakyat Malaysia.

“Terdapat persepsi di sini bahawa mustahil atau sangat sukar untuk mendapatkan visa AS. Orang ramai bimbang tentang proses dan prosedur, dan datang untuk temubual.

“Sebenarnya, jika anda seorang rakyat Malaysia yang memohon visa pelancong atau perniagaan jangka pendek, anda 95% pasti mendapatnya.

“Bagi pelajar, ia 99%!

“Jadi sekarang prosesnya semua dalam talian. Lebih mudah dan pantas untuk rakyat Malaysia, lebih mudah bagi kami juga,” katanya.

Gambar oleh The Star

Di bawah skim baru, pemohon masih perlu mengisi permohonan dalam talian dan menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan kelayakan mereka untuk mendapat visa baharu melalui pos.

Pengesahan akan dihantar jika seseorang layak. Setelah visa selesai, pemohon akan dihubungi melalui SMS atau e-mel untuk mengambil pasport mereka di lokasi yang dipilih.

Tahun lepas, kira-kira 40,000 visa AS dikeluarkan kepada rakyat Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button