Politik

Kempen #CabarCalon Boleh Menilai Integriti Wakil Bertanding?

Jika Pilihan Raya 2013 adalah tentang mengundi untuk parti, Pilihan Raya 2018 sebaliknya akan lebih memberi tumpuan kepada calon yang bertanding.

BEBAS telah melancarkan kempen untuk menggalakkan pengundi memanfaatkan media sosial untuk menekan calon agar lebih telus atas pendirian mereka pada pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

Dipanggil #CabarCalon, kempen itu menggesa para pengundi untuk meminta mereka yang bercadang bertanding baik di kerusi parlimen atau negeri untuk menjawab “ya” atau “tidak” kepada tiga soalan berikut:

1. Adakah anda menyokong undang-undang yang melarang pemilik premis daripada mendiskriminasi penyewa dan perniagaan yang berpotensi mendiskriminasi bakal pekerja serta pelanggan?

2. Adakah anda menyokong untuk tidak menggunakan cukai bagi kegiatan keagamaan, termasuk jabatan agama, supaya setiap komuniti membiayai urusan agama mereka sendiri?

3. Adakah anda akan mengisytiharkan aset anda sebelum bertanding?

“Ketiga-tiga soalan itu sangat relevan dalam demokrasi parlimen, terutama di Malaysia. Hal ini kerana politik kita diracuni sentimen perkauman dan keagamaan, sementara rasuah menjadi sebahagian daripada budaya di Malaysia.

“Tidak pernah jelas kualiti dan integriti seseorang calon yang bertanding dalam Pilihan Raya dan kempen ini benar-benar mahu mempromosikan penglibatan orang awam untuk memastikan ketelusan para pemimpin mereka diperiksa terlebih dahulu,” kata jurucakap Bebas, George Ling dalam satu kenyataan.

Pada dasarnya, kempen itu bertujuan untuk menggalakkan pengundi untuk memberi tekanan kepada calon-calon PRU14 untuk melakukan tiga perkara:

1. Menggubal undang-undang anti-diskriminasi untuk menghalang pemilik dan perniagaan dari mendiskriminasi berdasarkan kaum.

2. Menghentikan penggunaan wang cukai untuk tujuan keagamaan.

3. Mengisytiharkan aset mereka sebelum bertanding.

Seperti yang dilaporkan Malay Mail, kempen ini dilancarkan oleh peguam dan aktivis, Siti Kasim dan Cynthia Gabriel, pengasas Cronyisme (C4) dan pengasas bersama BEBAS, Boo Su-Lyn di Petaling Jaya pada 27 Januari lalu.

Pengundi di seluruh negara digalakkan untuk memuat naik gambar atau video mereka di media sosial dengan mana-mana tiga soalan berkenaan dengan menyatakan wakil kawasan masing-masing dan wakil penyandang atau calon PRU14, bersama dengan hashtags “#CabarCalon” dan “#GE14”.

Lebih banyak maklumat dan kemas kini mengenai kempen #CabarCalon boleh didapati di laman Facebook BEBAS.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker