Isu SemasaMakan & MinumTempatan

Coklat Bentuk Ikan Koi Permintaan Hangat Sempena CNY

Ikan koi ialah simbol yang penting dalam budaya Cina kerana ia melembangkan kekayaan dan kemakmuran.

Bagi Nor Asyikin Abdul Malek, produk coklatnya yang berbentuk seperti ikan koi mengiringi sambutan Tahun Baru Cina.

Gambar oleh Nor Asyikin

Disebabkan kemudahan Internet, bekas arkitek landskap yang berusia 35 tahun ini telah menjadikan hobi membuat coklat kepada sumber pendapatan tetap untuk keluarganya.

Ibu kepada empat orang anak, yang berumur dua hingga 11 tahun, telah berhenti daripada pekerjaan korporatnya pada tahun 2012 untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Nor Asyikin mempelajari bagaimana untuk membuat coklat dalam sebuah kelas memasak dan berkata beliau minat membuat coklat kerana ia membolehkannya untuk menyerlahkan kreativiti.

“Selepas menguasai kaedah membuat coklat, saya bereksperimen dengan cara yang berbeza untuk membentuk coklat saya,” katanya.

Kini, coklat buatan sendiri Nor Asyikin menjadi permintaan hangat oleh pelanggan dalam talian, terutamanya coklat yang berbentuk ikan koi.

Gambar oleh Nor Asyikin

Ujarnya lagi, semuanya bermula pada tahun 2013 apabila cadangan perniagaan beliau kepada Majlis Bandaraya Ipoh diterima dan telah ditugaskan untuk membuat coklat sebagai cenderahati untuk Tahun Baru Cina.

“Saya mula mempelajari aspek budaya komuniti Cina dan memutuskan bahawa ikan koi merupakan simbol terbaik untuk digunakan,” katanya kepada The Star.

Dalam pada itu, Nor Asyikin memerhati bahawa bentuk ikan juga istimewa kerana kuih bahulu yang sering dimakan di waktu Raya juga berbentuk ikan.

“Coklat ini juga dilengkapkan dengan pelbagai inti seperti badam, kismis, durian ganache dan Oreo, yang merupakan inti yang paling popular setakat ini.

Selain ikan koi, beliau juga membuat reka bentuk jongkong emas untuk musim perayaan kerana ia merupakan simbol popular di kalangan masyarakat Cina.

Mylovecokelat

Laman web: MYLOVECOKELAT

Tel: 017-713 2606

 

Gambar artikel oleh The Star

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker