Gaya HidupPercutian

‘Tour Buddy’ Menguntungkan Industri Pelancongan Kampung?

Bermacam-macam maklum balas telah diterima tentang Program Tour Buddy (Kawan Perlancongan).

Tour Buddy menurut akhbar The Star merupakan sebuah program yang membolehkan penduduk tempatan menjadi ‘hos’ atau tuan rumah bagi pelancong yang berniat ingin ke Malaysia.

Menariknya, hampir kesemua ulasan datang daripada industri pelancongan sendiri.

The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA)  mendakwa perkhidmatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Namun mereka yang menawarkan perkhidmatan itu menegaskan,  tugas seorang Travel Buddy adalah untuk melengkapi perkhidmatan pelancong yang sedia ada,  bukan menggantikannya.

Dalam satu kenyataan, MATTA telah menasihatkan ahli-ahlinya  yang terdiri daripada lebih 3, 200 agensi pelancongan untuk tidak menggunakan perkhidmatan Tour Buddy.

PENDAPAT MATTA TENTANG PERKHIDMATAN TRAVEL BUDDY

Perkhidmatan ini telah dilancarkan oleh Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Selain menegaskan Tour Buddy akan memalukan industri pelancongan tempatan sedia ada, MATTA juga menzahirkan rasa kecewa terhadap MITA dan MDEC.

MATTA menegaskan walaupun ia mengalu-alukan kemudahan aplikasi mudah alih yang menyediakan maklumat yang tepat dan komprehensif untuk mempromosikan sesebuah destinasi, namun ia tidak menerima pembentukan platform yang “memudahkan individu untuk bekerja sebagai freelancer tanpa kawal selia yang sepatutnya”.

Tan berkata mereka yang didapati bersalah ke atas perkara ini akan berhadapan denda tidak melebihi RM20,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tak kisahlah sama ada orang itu digelar kenalan atau ‘buddy’. Jika perkhidmatan yang diberikan sama sahaja dengan pemandu pelancong serta dikenakan bayaran, ia adalah salah di sisi undang-undang,” katanya.

Tambah beliau lagi,  Tour Buddy yang mengadakan  pakej pelancongan dan menawarkannya di atas talian juga akan melanggar peraturan yang jelas di bawah Tour Operating Business and Travel Agency Business (TOBTAB).

RATA-RATA TOUR BUDDY ADALAH PENDUDUK LUAR BANDAR

MITA walaubagaimanapun menegaskan Tour Buddy adalah sebuah program pelancongan berasaskan komuniti yang menggalakkan penduduk tempatan,terutamanya yang datang dari kawasan luar bandar, untuk menyokong industri pelancongan negara.

Presiden MITA, Uzaidi Udanis menegaskan melalui platform ini, penduduk tempatan boleh mempromosikan dusun buah-buahan serta mendedahkan lokasi-lokasi di kampung yang jarang mendapat perhatian orang ramai, seterusnya membolehkan keseluruhan penduduk kampung yang berkenaan mendapat manfaat daripada industri pelancongan itu sendiri

Terangnya lagi, perkhidmatan Tour Buddy ini, dapat menunjukkan kemahiran yang dimiliki penduduk kampung, penghasilan makanan kampung serta hasil seni tempatan seperti pembuatan ketupat.

“MITA percaya perkhidmatan ini akan menambah baik pengalaman pelancong ketika mereka berada di Malaysia, membuat mereka ingin menetap lebih lama di Malaysia,” jelasnya lagi.

Walaupun begitu,  beliau menjelaskan MITA bersetuju bahawa semua orang perlu mematuhi undang-undang.

“MITA tidak akan membenarkan mana-mana Travel Buddy menawarkan perkhidmatan yang bertentangan dengan undang-undang,” ujar Uzaidi menutup perbualan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker