AntarabangsaIsu Semasa

Perancis Akan ‘Membalas Dendam’ Untuk Mangsa Senjata Kimia

Sejak perang saudara di Syria mula tercetus, terdapat pelbagai laporan dan dakwaan penggunaan senjata kimia terhadap orang-orang awam sehingga meragut ribuan nyawa.

Berang dengan insiden terbabit, kerajaan Perancis di bawah pimpinan Presiden Emmanuel Macron menyatakan bahawa negara itu akan melancarkan serangan balas sekiranya terdapat bukti kukuh bahawa rejim Syria benar-benar menggunakan senjata tersebut.

“Kami akan menyerang kawasan-kawasan yang melancarkan serangan (kimia) itu atau di mana ia diaturkan.

“Namun pada hari ini, sumber kami masih belum mempunyai bukti bahawa senjata kimia telah digunakan ke atas orang awam.

“(Tetapi) sebaik sahaja bukti berjaya ditemui, saya akan melakukan apa yang saya katakan (lancarkan serangan),” kata Macron.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus memberi keutamaan dalam menentang puak pengganas dan ekstremis.

Ujarnya lagi, rejim Syria juga perlu bertanggungjawab dan dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar-benar didapati melakukan serangan sedemikian tidak kira semasa ataupun selepas konflik itu berakhir.

Macron turut menggesa perbincangan antarabangsa mengenai konflik Syria diadakan dengan segera memandangkan isu ini telah berlarutan begitu lama dan masih tiada jalan penyelesaian yang berkesan.

“Saya mempunyai pelbagai cadangan,” katanya tanpa mendedahkan maklumat terperinci mengenai perkara berkenaan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.