Gaya HidupKesihatan

Otot boleh bertukar menjadi lemak?

Antara soalan cepumas yang pasti bermain dalam pemikiran mereka yang prihatin tentang kesihatan, bolehkah otot bertukar menjadi lemak?

Jawapannya sudah tentulah tidak!!

Hal ini kerana otot tiada kaitan dengan lemak.

Perbandingan lemak dan otot

“Kedua-dua komponen biologi ini berbeza sama sekali” kata ahli kecergasan Jerrican Tan.

Merupakan seorang pakar  Strenght and Conditioning  berdaftar,  Tan menerangkan “lemak diperbuat daripada asid lemak dan gliserol manakala otot pula dibuat daripada protein yang berasal daripada asid amino.”

Apabila individu memakan makanan yang kaya dengan protein, nutrien yang diserap akan diurai menjadi asid amino seterusnya menjadi otot.

Mempunyai kelulusan Sarjana Sukan, Senaman dan Nutrisi,  Kedric Kwan seorang jurulatih kecergasan menerangkan “makanan berlemak yang dimakan secara berlebihan pula akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh”

BAGAIMANA SENAMAN MENGGUATKAN OTOT?

Walaupun nampak seperti tidak produktif untuk tubuh, sebenarnya apabila kita bersenam, kita sedang merosakkan otot-otot yang terdapat pada tubuh.

Aktiviti senaman menyebabkan koyakan kecil pada otot dan mengurangkan nutrien yang digunakan untuk membina otot badan.

Hanya 45 minit hingga 1 jam selepas kita bersenam badan kita mula membaiki kerosakan yang terjadi.

Kesimpulannya,  proses pembaikan inilah yang menguatkan otot.

Jadi apa kaitan lemak dengan otot?

Pemikiran bahawa otot boleh bertukar menjadi lemak mungkin kerana sering kelihatan seseorang bertambah berat badan selepas mereka berhenti bersenam.

Ujar Kwan “Kandungan lemak pada tubuh sangat bergantung kepada pengambilan makanan.”

“Apabila seseorang itu melakukan senaman secara konsisten dia tidak akan bertambah berat badan.

“Hal ini kerana makanan tersebut akan dibakar menjadi tenaga ketika bersenam.

 “Selepas seseorang berhenti bersenam, selera seseorang akan tetap sama.

“Jadi, apabila seseorang masih makan kuantiti makanan yang sama namun tidak melakukan senaman (makanan tersebut tidak dibakar menjadi tenaga) makanan yang dimakan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh hal ini menyebabkan kelihatan seperti otot telah bertukar menjadi lemak,”  terang Kwan dengan terperinci.

Seseorang mungkin memilih untuk berhenti bersenam atau mereka berhenti bersenam disebabkan kecederaan.

Apabila hal ini berlaku mereka mungkin akan kehilangan otot yang telah dibentuk.

“Individu boleh kehilangan otot mereka jika mereka tidak menggunakannya atau memupuknya,” kata Tan.

“Keadaan ini digelar sebagai atrofi otot.”

Ketika senaman, otot diberi  rintangan dan tekanan. Hal ini menyebabkan tubuh menjadi lebih kuat apabila berhadapan tekanan.

“Rintangan atau tekanan ini akan hilang begitu sahaja jika individu tersebut berhenti bersenam.

“Hal ini menyebabkan otot kehilangan rangsangan yang boleh membuatnya lebih kental,” terang Kwan.

Selepas beberapa ketika, atrofi otot akan terjadi, menyebabkan berlakunya pengurangan jisim otot dan kelemahan.

Gambarajah menunjukkan berlaku pengecutan pada otot

Jadi apa yang sebenarnya berlaku adalah otot mengecut, bukannya bertukar menjadi lemak.

KEPENTINGAN OTOT PADA TUBUH

“Kekuatan teras diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif,” kata Jenny Tison, pelatih CrossFit peringkat ke-2.

“Abdomen dan otot belakang yang kuat boleh mengurangkan risiko berlakunya kecederaan serta membantu dalam hal-hal berkaitan keseimbangan.”

Kekuatan dan kestabilan ini bukannya penting semasa senaman sahaja namun juga apabila melakukan tugas harian.

Tison menerangkan antara contoh tugas harian tersebut adalah seperti memindahkan perabot atau meletakkan barangan ke ruang penyimpanan atas di dalam kapal terbang.

Disebabkan gaya hidup kita yang penuh tekanan, penting untuk memastikan otot belakang dan otot teras kekal kuat.

Terang Kwan “kita selalunya tidak menggunakan otot-otot ini, terutamanya jika kita mempunyai gaya hidup yang tidak aktif (seperti kerja pejabat yang memerlukan kita duduk sepanjang hari),”

“Senaman juga membantu membentuk postur badan yang baik yang boleh membantu mencegah sengal-sengal dan sakit badan di masa hadapan.

 MENJAGA KESIHATAN OTOT MELALUI SENAMAN

Jika anda seorang yang jarang bersenam, adalah sangat penting untuk memulakan langkah pertama dengan betul.

Antara yang langkah-langkah yang boleh diambil adalah mendapatkan nasihat doktor dan dapatkan pelatih yang berkelayakan untuk membantu  anda secara menjalani gaya hidup yang lebih aktif secara beransur-ansur.

“Kesimpulannya, untuk meningkatkan jisim otot serta membina kekuatan adalah dengan secara beransur-ansur meningkatkan rangsangan (tekanan) yang dikenakan pada tubuh,” katanya.


Bergantung pada corak otot yang anda mahu capai, Tan mencadangkan untuk bermula dengan senaman aerobik berintensiti tinggi seperti berjogging.

Anda juga boleh menambah beberapa sesi mencangkung, tujahan,  tekan tubi dan tarik tubi, katanya, namun perlu perihatin tentang penggunaan teknik senaman yang betul dan keselamatan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker