Teknologi

Monster Hunter World Pecah Rekod Yang Mengagumkan

Siri aksi Monster Hunter World telah memecahkan rekod yang mengagumkan pada konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Menurut Gamespot, Capcom telah memasarkan 6 juta unit permainan Monster Hunter World secara digital dan BluRay dalam masa 2 minggu. Ia adalah rekod penjualan paling pantas dalam Capcom

Tinjauan kami di beberapa kedai permainan video tumpuan di Kuala Lumpur, salinan BluRay Monster Hunter World untuk R3 (Asia Region) habis jual dalam masa sehari dan stok seterusnya juga habis dalam masa 3 ke 4 hari.

Rekod penjualan ini hanya melibatkan konsol PlayStation 4 dan Xbox One, namun masih tidak melibatkan pasaran PC lagi.

Monster Hunter World untuk PC telah diumumkan dan akan mula dijual sekitar suku ketiga 2018.

Capcom dikatakan tidak tergesa-gesa untuk mengeluarkan permainan ini pada PC melihatkan penjualan pada 2 konsol generasi baru ini sangat memberangsangkan.

Sebelum ini, Monster Hunter sudahpun di keluarkan untuk konsol PlayStation 3 dan PlayStation 4 dengan tajuk Monster Hunter Frontier namun dengan beberapa halangan seperti region lock, limitasi bahasa dan beberapa halangan lain menjadikan peminat antarabangsa siri ini tidak membelinya.

Penjualan Monster Hunter World dijangkakan akan melonjak lagi apabila download content (DLC) terbaru yang mengandungi misi dan naga baru akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker