FesyenGaya Hidup

Koleksi Istimewa Gucci Sempena Tahun Baru Cina

Gucci meraikan perayaan Tahun Baharu Cina yang bermula pada 16 Februari dengan melancarkan koleksi kapsul (koleksi bermusim) yang ditujukan khas sempena tahun anjing.

Terdiri daripada 63 item, koleksi istimewa ini adalah ilustrasi daripada pengarah kreatif jenama itu, Alessandro Michele. Ilustrasi adalah diinspirasikan daripada anjing jenis Boston Terriers miliknya yang bernama Bosco dan Orso.

Michele turut bekerjasama dengan Helen Downie, seorang pelukis Inggeris yang dikenali pada tahun 2015. Michele menemukan hasil kerja seni Downie di Instagram dan menjemputnya untuk mengambil bahagian dalam pameran seni di Minsheng Art Museum Shanghai. Hubungan itu bertambah kukuh apabila Gucci bersetuju untuk bekerjasama dengan Downie.

Menurut WWD, koleksi baru Gucci itu termasuk pakaian lelaki dan wanita, kasut, beg tangan, barang-barang kulit, bagasi dan juga aksesori.

Koleksi pakaian terdiri daripada baju sejuk yang dikait berwarna cerah dan jaket denim serta baju polo lelaki, ‘hoodies’ dan ‘bomber jacket’, semuanya dihiasi dengan corak anjing. Terdapat juga beg galas dan beg tote, sebagai tambahan kepada beg kulit ‘clutch’ berwarna-warni, dompet, skaf dan barang perhiasan.

Kini terdapat di semua pasaran, baik di kedai Gucci dan dalam talian, termasuk kedai dalam talian yang baru dilancarkan di China. Koleksi kapsul itu juga akan dipromosikan terus ke seluruh saluran digital.

Khidmat jurugambar Petra Collins dan model-model seperti Ellia Sophia Coggins, Unia Pakhomova, Gao Jie, Dylan Xue, Tex Santos-Shaw, Xie Chenglin, Eun Sang dan Ruoyang He, telah digunakan untuk memperagakan koleksi itu. Melalui poster, Gucci mempamerkan interior yang kaya, taman-taman bunga dan baka anjing yang berbeza untuk melengkapkan koleksi itu.

Sempena Tahun Baru Cina, Gucci di China juga akan menghias semula kedainya. Tingkap, dinding dan lantai akan direka bentuk semula untuk disesuaikan dengan penambahan bangku mini yang digunakan untuk memaparkan koleksi kapsul terbabit. Pembungkusan khas juga turut direka.

Promosi digital akan dirangsang melalui kandungan interaktif khas yang dikhaskan untuk pengguna iPhone X dan boleh didapati di Gucci App. Ciri ini membolehkan pengguna untuk menghidupkan anjing Orso dan Bosco melalui teknologi pengenalan muka khas dan untuk merakam video yang boleh dikongsi dari aplikasinya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker