AntarabangsaIsu Semasa

Sepanyol Digesa Haramkan Laga Lembu Kepada Kanak-Kanak

Sebuah jawatankuasa PBB telah menggesa Sepanyol untuk mengharamkan kanak-kanak daripada menghadiri pertandingan laga lembu atau sekolah laga lembu, dengan alasan mereka perlu dilindungi daripada “kesan berbahaya” tradisi itu.

Jawatankuasa Hak Kanak-kanak, sebuah panel pakar bebas yang memantau pelaksanaan konvensyen PBB mengenai hak kanak-kanak, ,melahirkan kebimbangan terhadap kesan yang boleh berlaku kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun yang menonton atau menjadi murid dalam sekolah laga lembu.

Selepas mempersoalkan delegasi dari kerajaan Sepanyol bulan lepas mengenai siri isu kebajikan kanak-kanak, jawatankuasa itu mencadangkan agar langkah-langkah diambil untuk mengurangkan pendedahan bawah umur kepada aktiviti laga lembu.

“Untuk mengelakkan kesan bahaya aktiviti laga lembu terhadap kanak-kanak, jawatankuasa mengesyorkan agar parti negeri melarang penyertaan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sebagai peserta atau sebagai penonton dalam sebarang aktiviti laga lembu,” kata wakil jawatankuasa itu.

Jawatankuasa itu memberitahu delegasi Sepanyol bahawa mereka bimbang tentang tahap keganasan di 55 buah sekolah laga lembu di Sepanyol dan bertanya sama ada kerajaan telah mempertimbangkan untuk mengharamkan kanak-kanak daripada menghadirinya.

Delegasi Sepanyol memberitahu pakar-pakar bahawa sekolah terbabit diselia oleh kerajaan-kerajaan wilayah autonomi Sepanyol dan kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas dapat menerima beberapa pelajaran praktikal dari sekolah berkenaan. Sekolah-sekolah itu juga turut mempunyai peraturan sendiri.

Seorang anggota jawatankuasa PBB mengatakan bahawa laga lembu merupakan satu bentuk “keganasan melampau” yang mana kanak-kanak memerlukan perlindungan daripada terlibat, lapor The Guardian.

“Ia bukan sahaja berisiko kepada peserta malah kepada mereka yang menjadi penonton juga,” kata Gehad Madi kepada akhbar Sepanyol dalam talian eldiario.es.

“Sebagai sebuah jawatankuasa, kami sangat prihatin untuk melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada keganasan itu. Kami berharap kerajaan Sepanyol dan kerajaan-kerajaan komuniti autonomi Sepanyol akan mengharamkan kanak-kanak daripada mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti laga lembu. “

Kerajaan Catalonia mengharamkan aktiviti laga lembu hampir lapan tahun lalu, tetapi larangan itu dibatalkan pada 2016 oleh mahkamah perlembagaan Sepanyol, yang mengatakan bahawa amalan itu adalah satu budaya yang menjadi tradisi masyarakat Sepanyol.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker