Sukan

Wenger: Pemain England Hebat Menjatuhkan Diri

Arsene Wenger berpendapat bahawa pemain asing begitu senang menjatuhkan diri di Liga Perdana Inggeris adalah tidak betul, dan beliau melihat pemain tempatan lebih gemar melakukannya.

Pengurus veteran Arsenal menyentuh perkara itu ketika bercakap mengenai Tottenham Hotspur, dan memetik kejadian yang berkontroversi yang berlaku di dalam perlawanan di antara Tottenham dan Liverpool.

Dele Alli diberikan kad kuning kerana menjatuhkan dirinya, sementara Harry Kane berjaya mendapatkan penalti, walaupun ramai yang percaya Kane jatuh dengan mudah.

“Saya masih ingat satu ketika dahulu, terdapat ramai pemain warga asing yang melakukannya, tetapi saya rasa pemain-pemain dari England cepat belajar dan mereka mungkin juga sama hebat sekarang,” katanya bergurau.

Wenger tidak menahan dirinya apabila mengkritik pemain-pemain dari England yang menjatuhkan diri mereka sebelum ini, sambil memberitahu wartawan pada November yang lalu mengenai Raheem Sterling yang banyak menjatuhkan dirinya berikutan kekalahan 3-1 Manchester City.

Sama ada Dele Alli gemar menjatuhkan dirinya, atau hanya bernasib malang. Pemain tengah itu telah menerima tiga kad kuning kerana menjatuhkan diri sejak debut Liga Perdanay Inggerisnya pada musim 2015-16, lebih banyak daripada mana-mana pemain pada waktu itu.

“Anda mahu pemain-pemain anda sersikap bijak. kadang-kala mereka bermain dengan peraturan, lebih-lebih lagi jika mereka boleh mendapatkan sepakan penalti.

Semua penyerang akan melakukannya, tetapi sehingga sejauh mana? Itu bergantung kepada pengadil dan saya rasa kadang-kadang, ia sukar untuk ditentukan,” tambahnya lagi, sambil berkata beliau tidak menggalakan pemainnya melakukan begitu.

“Walaupun saya keras (mengkritik) pengadil, tetapi berkenaan dengan perkara itu, saya memahaminya. Kerana apabila anda melihat perlawanan itu secara live, sangat sukar untuk menentukan sama ada ia adalah terjunan atau tidak.”

Arsenal akan mengunjungi Tottenham di stadium sementara mereka di Wembley, dan memenangi kesemua sembilan perlawanan di sana, temasuk tiga perlawanan akhir Piala FA.

Selepas itu, the Gunners akan kembali lagi ke Wembley pada 25 Febuari ini bagi perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester City.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker