AntarabangsaIsu Semasa

Senjata Nuklear India “Bukan Calang-Calang”

Pada 18 Januari bulan lepas, India telah berjaya melancarkan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) mereka yang pasti akan membuat musuh mereka ‘menggigil’.

Memetik laporan CNN, senjata nuklear bergelar Agni-V itu merupakan ICBM milik India yang paling canggih dan ia mempunyai bergerak sejauh 5,500 km sehingga 5,800 km.

Ketika ujian itu, peluru berpandu berkenaan dilancarkan dari pulau Abdul Kalam di pesisir pantai timur negeri Odisha.

Menteri Pertahanan menyifatkan ujian tersebut sebagai “perkembangan yang amat memberangsangkan” dalam kemampuan pertahanan negara.

Menurut Persekutuan Saintis Amerika (FAS), India dipercayai memiliki kira-kira 120-130 peledak nuklear di dalam gudang senjata mereka.

Dalam pada itu, peluru berpandu tersebut berukuran 17.5 meter, seberat 50 tan, dan mampu mencapai kelajuan tertinggi Mach 24.

Senjata itu telah diuji sebanyak 5 kali sejak tahun 2012, dan ia ternyata mencetuskan ‘kemarahan’ kedua-dua China dan Pakistan.

Namun, Vipin Narang, seorang profesor madya sains politik di MIT yang mengkaji pengawalan nuklear berkata, senjata nuklear India menyaksikan kemajuan hebat dari aspek teknologi, tetapi ia mempunyai impak geopolitik yang amat serius.

“Kemampuannya (senjata nuklear) sudah lama diketahui, dan India memerlukannya untuk melakukan serangan balas terhadap sasaran-sasaran mereka di pesisir timur China,” katanya.

Hubungan di antara India dan China telah menjadi semakin tegang sejak kebelakangan ini susulan pertikaian sempadan di Doklam.

Ujar Narang, India melaksanakan ujian terbaru mereka pada ‘waktu yang amat sesuai’, dan ia mungkin menggambarkan ‘amaran’ mereka kepada China.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.