Teknologi

Mario Kart Tour Untuk Telefon Pintar

Setelah kejayaan Super Mario Run di dalam telefon pintar, Nintendo mengumumkan Mario Kart Tour akan menyertai senarai tersebut.

Berita tersebut diumumkan oleh DeNA CEO Isao Moriyasu, rakan kerjasama Nintendo bahawa mereka di dalam proses membikin permainan ini untuk pengguna telefon pintar.

Menariknya pada konsep Free-To-Start Nintendo seperti yang diterapkan pada Super Mario Run, pemain boleh memuat-turun Mario Kart Tour secara percuma tetapi mereka harus membayar untuk maju ke peringkat seterusnya. Banyak juga kelebihan dan bonus yang akan diperolehi untuk pemain yang membayar.

Dengan kejayaan siri Mario Kart di dalam semua konsol Nintendo terutama pada konsol Nintendo Switch, Nintendo yakin Mario Kart Tour akan berjaya di dalam pasaran telefon pintar.

Permainan ini merupakan produk keempat Nintendo untuk telefon pintar selepas Super Mario Run, Fire Emblem Heroes dan Animal Crossing: Pocket Camp.

Mario Kart Tour kini di dalam proses pembikinan dan dijangka akan berada di dalam pasaran yang boleh dimuat-turun secara ‘Free-to-Start’ sekitar April 2018 hingga Mac 2019.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker