AntarabangsaIsu Semasa

Ganjaran Lumayan Ditawarkan Untuk Mencari Kapal Selam Hilang

Awal minggu ini, kerajaan Australia menawarkan ganjaran lumayan bernilai kira-kira AS$ 4 juta (RM 15.7 juta) kepada sesiapa sahaja yang berjaya menemui sebuah kapal selam milik negara itu yang telah hilang sejak tiga bulan lalu.

Pengumuman itu dilakukan oleh Presiden Mauricio Macri dihadapan ahli keluarga dan saudara mara 44 orang krew kapal selam ARA San Juan itu.

Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Oscar Aguad berkata, nilai sebenar ganjaran tersebut akan diumumkan pada hujung minggu ini.

Memetik laporan Sky News, ahli keluarga kesemua krew tersebut menggesa Macri untuk memperluaskan lagi kawasan pencarian serta membenarkan syarikat-syarikat swasta untuk turut serta dalam misi pencarian.

Difahamkan, submarin berkenaan telah hilang pada 15 November 2017 ketika belayar bagi sebuah sesi latihan ke Pantai Timur Argentina.

Setakat ini, sebanyak 13 negara terlibat dalam misi pencarian, namun masih tidak menjumpai sebarang petunjuk.

Pada hujung bulan November, keluarga-keluarga krew berkenaan diberitahu bahawa mangsa-mangsa mungkin tidak terselamat dan maut susulan mesej terakhir kaptel submarin yang melaporkan air laut telah memasuki sistem pengudaraan, sekali gus menyebabkan kebakaran.

Pihak berkuasa berkata, satu bunyi yang ‘luar biasa’ juga telah dikesan di kawasan laut berdekatan kedudukan terakhir kapal selam itu – tiga jam selepas kapten membuat panggilan terakhir.

Dalam pada itu, bunyi berkenaan dilaporkan mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan bunyi seperti berlakunya letupan.

 

Show More

Artikel Berkaitan.