Isu SemasaTempatan

Gadis Jana RM1,200 Jadi Tutor di Aplikasi Snapask

Kini, ramai yang mencari cara untuk menjana pendapatan lebihan dalam masa lapang. Terdapat sesetengah yang menawarkan perkhidmatan kenderaan dengan menjadi pemandu Uber atau Grab.

terengganutimes.com

Tetapi baru-baru ini seorang gadis di Twitter, Nur Syazana Bakri (@notaquietjane), telah berkongsi bagaimana beliau menjana RM1,254 dalam tempoh tiga minggu dengan menggunakan aplikasi Snapask.

terengganutimes.com

Snapask adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Timothy Yu pada tahun 2015 untuk memudahkan pelajar mencari tutor peribadi untuk menolong mereka menyelesaikan kerja rumah atau menjawab soalan.

Pelajar hanya perlu memuat naik gambar soalan kepada Snapask untuk diselesaikan oleh tutor.

Kemudian soalan tersebut dapat dilihat oleh tutor di timeline dan mereka dapat memilih soalan yang ingin selesaikan.

terengganutimes.com

Bagi setiap soalan yang telah diselesaikan tutor akan dibayar RM1.50.

Setelah selesai menjawab soalan, tangkap gambar cara penyelesaiannya dan hantar kepada pelajar menerusi platform mesej Snapask.

Untuk menjadi tutor, anda perlu hantar salinan sijil SPM dan juga transkrip atau slip keputusan terkini bagi membantu permohonan anda.

Sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai skor A dalam subjek SPM untuk mata pelajaran yang ingin di ajar.

Antara subjek yang terdapat di aplikasi tersebut adalah Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Inggeris, dan subjek-subjek SPM.

Anda akan dibayar setiap bulan mengikut jumlah soalan yang dipilih dan ia akan secara automatik dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

terengganutimes.com

Aplikasi ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mencari pendapatan lebihan dengan mudah.

Show More

Artikel Berkaitan.