Gaya HidupPercutian

Hotel Ais Diinspirasikan ‘Game Of Thrones’ Di Finland

Khusus untuk mereka yang meminati siri Game of Thrones (GoT), kini di Finland terdapat sebuah hotel yang diukir dari salji dan ais yang bertemakan siri televisyen popular ini.

Cuaca Finland yang teramat sejuk kini amat sesuai untuk pembinaan hotel ais seperti ini.

PENGUKIR AIS DARI SERATA DUNIA UNTUK MENGUKIR HOTEL

Antara pengukir ais profesional yang diupah adalah dari Rusia, Ukraine, Poland dan Latvia.

Mereka telah mengambil masa lebih kurang sebulan untuk mengubah kira-kira 20 juta kilogram salji dan 350,000 kilogram ais menjadi sebuah perkampungan ais yang berkeluasan 20,000 meter persegi.

Terletak 200 km di utara Garisan Artik, hotel ini dibina dengan kerjasama antara Perkampungan Salji Hotel Lapland dan HBO Nordic.

SEPERTI BERADA DALAM GoT

Menurut AFP Relax News, apabila berada di sini tetamu akan berasa seperti kembali ke dunia zaman pertengahan seperti yang ditampilkan dalam siri televisyen GoT.

Arca Hall of Faces seperti yang terdapat dalam siri televisyen GoT

Menurut akhbar Conde Nast Traveler, di Kittila terdapat arca Hall of Faces (sebuah lokasi fiksyen yang terdapat dalam siri GoT), ukiran takhta, gelongsor yang diukir sehingga menyerupai seekor naga, malah terdapat juga arca makhluk-makhluk ‘zombie’ yang dikenali sebagai golongan White Walker (watak daripada siri tersebut).

Semua ini diinspirasikan daripada siri tersebut, lebih hebat lagi semuanya diukir daripada ais dan salji.

Kesemua 24 bilik hotel dan suite mempunyai arca dan ukiran ais bertema GoT mereka yang tersendiri.

Seperti dunia dan penceritaan GOT yang dasyat, hotel ais ini bukanlah untuk individu yang lemah, kerana tetamu yang hadir perlu tidur di dalam bilik sangat sejuk yang mana suhunya boleh mencecah -5˚C.

Ketika di sana, tetamu akan diberi beg tidur dan jus buah panas pada keesokan harinya untuk memanaskan tubuh.

PELBAGAI AKTIVITI MUSIM SEJUK UNTUK PENGUNJUNG

Selain daripada perkhidmatan hotel, SnowVillage juga mengadakan pelbagai aktiviti antaranya seperti melihat haiwan-haiwan liar seperti rusa dan menaiki kereta salji yang ditarik anjing huski.

Terdapat juga panggung wayang ais, bar ais serta juga restoran ais yang menyajikan hidangan tempatan seperti rusa tempatan dan ikan arctic char panggang.

SnowVillage di Kittila akan beroperasi sehingga 4 April ini.

Harga untuk masuk ke SnowVillage adalah RM72 seorang, manakala harga bilik bermula daripada RM790 satu malam.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.