Gaya HidupMakan & Minum

grEAT – Restoran Automatik Pertama di Malaysia

Restoran ‘grEAT’ adalah restoran automatik pertama yang tidak menggunakan pelayan dan dikendalikan oleh sistem pesanan berteknologi tinggi.

Teknologi ini mungkin biasa dilihat di negara Jepun. Semua pesanan dibuat sendiri menggunakan mesin dan kemudian diberi kepada chef untuk dimasak.

Untuk memesan, anda perlu menggunakan aplikasi WeChat. Apabila sampai di restoran, cari peti yang mempunyai label unik anda tersendiri, masukkan kod laluan dan ambil makanan anda.

Dengan cara ini, anda boleh memesan dari mana-mana sahaja dan mengambil makanan apabila anda datang ke 1Utama. Sementara itu, makanan anda akan disimpan panas di dalam peti.

Makanan sihat

Kesemua makanan yang dihidangkan tidak mempunyai khinzir, lemak khinzir dan MSG.

Berdasarkan menu terkini, pelanggan mempunyai pilihan ‘rice bowl’ seperti ‘Nasi Lemak Bowl’ dan ‘Japanese Sesame Bowl’. Antara burger yang dihidangkan adalah ‘Signature Smoky Burger’ dan ‘Portobello Burger’.

Gambar oleh grEAT
Gambar oleh grEAT

Selain ‘rice bowl’ dan burger, terdapat pilihan lain di dalam menu seperti spaghetti dan salad.

Alamat: Lot LG 328, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor, 47800.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari pada 10.00 pg hingga 10.00 mlm.

Laman Web: grEAT

Tel: +6012-406 0355 |

 

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker